Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Cara untuk Memupuk Kasih kepada Tuhan dan Orang Lain

Cara untuk Memupuk Kasih kepada Tuhan dan Orang Lain

Orang Kristian tidak lagi berada di bawah Hukum Musa. Namun, dua perintah yang penting dalam hukum itu, iaitu mengasihi Tuhan dan orang lain, merupakan dasar bagi semua hukum yang diberikan Yehuwa. (Mt 22:37-39) Kasih sedemikian tidak wujud begitu sahaja tetapi harus dipupuk. Bagaimana? Satu cara adalah dengan membaca Bible setiap hari. Apabila kita mengkaji sifat-sifat Tuhan yang ditonjolkan dalam Bible, kita dapat mengamati “perbuatan baik Yehuwa.” (Mz 27:4) Hasilnya, kasih kita kepada-Nya akan terus bertambah dan kita akan lebih mencerminkan pemikiran-Nya. Kita juga akan didorong untuk mentaati-Nya, termasuk perintah untuk mengasihi satu sama lain. (Yoh 13:34, 35; 1Yo 5:3) Berikut merupakan tiga cadangan untuk menjadikan pembacaan Bible kita lebih menarik:

  • Gunakan daya imaginasi anda. Bayangkan diri anda berada di sana. Apakah yang anda lihat, dengar, dan hidu? Apakah perasaan watak-watak dalam kisah itu?

  • Gunakan kaedah yang berbeza. Contohnya, baca dengan suara lantang atau ikuti pembacaan semasa rakaman audio dimainkan. Selain daripada membaca mengikut bab, anda juga boleh membaca tentang suatu topik atau watak Bible. Misalnya, gunakan Lampiran A7 atau B12 dalam Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu semasa membaca tentang Yesus. Anda juga boleh baca keseluruhan bab bagi ayat harian, atau baca mengikut urutan masa buku-buku Bible ditulis.

  • Fahami apa yang dibaca. Janganlah melakukan pembacaan Bible harian dengan tergesa-gesa. Sebaliknya, berusahalah untuk memahami dan merenungkan bab yang dibaca. Kajilah latar dan butiran dalam kisah tersebut. Gunakan peta dan rujukan silang. Selidikilah sekurang-kurangnya satu isi yang anda tidak fahami. Luangkanlah masa yang mencukupi untuk merenungkan apa yang telah anda baca.