Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Gembala yang Berkhidmat demi Kebaikan Umat Yehuwa

Gembala yang Berkhidmat demi Kebaikan Umat Yehuwa

Ramai orang berpandangan negatif terhadap orang yang berkuasa. Mengapa? Kerana banyak orang menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan diri. (Mi 7:3) Kita sangat bersyukur kerana para penatua di sidang dilatih untuk menggunakan kuasa mereka demi kebaikan umat Yehuwa.—Es 10:3; Mt 20:​25, 26.

Mereka melakukan tugas sebagai penyelia kerana mereka mengasihi Yehuwa dan umat-Nya. (Yoh 21:16; 1Pt 5:​1-3) Para penatua prihatin terhadap setiap penyiar dan ingin mereka rasa disayangi. Dengan mengikut bimbingan Yesus, mereka bantu saudara saudari tetap kuat secara rohani. Selain itu, mereka bersedia untuk memberi bantuan rohani kepada rakan seiman. Semasa berlakunya bencana atau kecemasan perubatan, mereka juga beri bantuan praktikal. Maka, janganlah segan untuk meminta bantuan daripada para penatua di sidang.—Yak 5:14.

SILA LIHAT VIDEO GEMBALA YANG MENJAGA KAWANAN. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Bagaimanakah para penatua membantu Mariana?

  • Bagaimanakah para penatua membantu Elias?

  • Daripada pengalaman mereka, apakah perasaan anda terhadap khidmat para penatua?