Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Gunakan Laman Utama JW.ORG dalam Kerja Penyebaran

Gunakan Laman Utama JW.ORG dalam Kerja Penyebaran

Di laman utama jw.org, ada rencana dan video yang dapat menarik minat orang yang berhati jujur. (Kis 13:48) Selain itu, terdapat topik dan berita yang sering difikirkan dan diminati orang.

Bagaimanakah anda dapat menggunakan laman utama jw.org dalam kerja penyebaran?

  • Layari laman web kita dengan kerap. Perhatikan apa yang disyorkan, dan bagaimana anda dapat menggunakannya untuk membantu seseorang yang berminat. (Untuk lihat bahan lain yang disyorkan baru-baru ini, klik “Lihat Lebih Lanjut.”) Jika anda kerap melihat bahan yang terkini dalam laman web kita, anda dapat menggunakan topik-topik baharu dalam kerja penyebaran anda.

  • Gunakan rencana dan video yang disyorkan dalam laman utama untuk memulakan perbualan. Bahan yang dipaparkan mengandungi topik yang mungkin diminati orang di kawasan penyebaran kita.

  • Tunjukkan laman utama jw.org. Tonjolkan topik yang spesifik di bahagian “Pilih Topik yang Menarik Minat Anda,” dan tunjukkan cara untuk mencari maklumat dalam laman web kita.

  • Kongsi pautan. Sesetengah orang mungkin tidak mahu dikunjungi, tetapi mereka sudi untuk melayari laman web kita. Jadi anda boleh mengongsi pautan ke laman utama, atau ke rencana dan video yang disyorkan.