Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Bantulah Anak-Anak Anda Memperoleh Kebijaksanaan Tuhan

Bantulah Anak-Anak Anda Memperoleh Kebijaksanaan Tuhan

Satu cara ibu bapa dapat bantu anak-anak untuk memperoleh kebijaksanaan Tuhan adalah dengan menghadiri perjumpaan Kristian. Apabila anak-anak bertumpu kepada perjumpaan dan memberikan komen, mereka dapat belajar tentang Yehuwa dan menjadi sahabat baik-Nya. (Ul 31:​12, 13) Jika anda mempunyai anak-anak, bagaimanakah anda dapat membantu mereka untuk mendapatkan manfaat yang sepenuhnya daripada perjumpaan?

  • Berusahalah untuk menghadiri perjumpaan secara bersemuka.—Mz 22:22

  • Luangkan masa untuk bergaul dengan saudara saudari sebelum atau selepas perjumpaan.—Ibr 10:25

  • Pastikan setiap ahli keluarga mempunyai bahan yang digunakan di perjumpaan dalam bentuk digital atau cetakan

  • Bantulah anak anda sediakan komen dengan menggunakan kata-katanya sendiri.—Mt 21:​15, 16

  • Sebutlah hal-hal positif tentang perjumpaan dan arahan yang diterima di sana

  • Galakkan mereka untuk bercakap dengan saudara saudari yang lebih tua di sidang. Mereka juga boleh bantu membuat kerja seperti membersihkan Dewan Perjumpaan

Banyak usaha diperlukan untuk bantu anak anda mendekati Yehuwa. Walaupun ini tanggungjawab yang berat, Yehuwa pasti akan membantu anda.—Yes 40:29.

SILA LIHAT VIDEO IBU BAPA, BERGANTUNGLAH PADA YEHUWA DAN KEKUATAN-NYA. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Zack dan Leah rasa sangat penat sejak mendapat cahaya mata. Apakah kesannya terhadap kehidupan mereka?

  • Mengapakah ibu bapa harus mendapatkan kekuatan daripada Yehuwa?

  • Bagaimanakah Zack dan Leah bergantung pada Yehuwa?