Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Pertanyaan Pembaca

Pertanyaan Pembaca

Siapakah pengawal-pengawal Yahudi di Rumah Tuhan? Apakah tugas mereka?

Orang Lewi yang bukan imam diberi pelbagai tugas, termasuk tugas sebagai pengawal atau polis. Mereka bertugas di bawah arahan ketua pengawal Rumah Tuhan. Philo, seorang penulis Yahudi, menggambarkan tugas para pengawal: “Sesetengah orang [Lewi] ini berjaga di pintu masuk Rumah Tuhan, dan ada juga yang berjaga di dalam [Rumah Tuhan] . . . untuk mencegah orang yang tidak berkenaan daripada memasukinya, sama ada dengan sengaja atau tidak. Pengawal juga akan bergilir-gilir meronda Rumah Tuhan siang dan malam.”

Pasukan pengawal ini bertindak atas perintah Majlis Orang Yahudi. Itulah satu-satunya pasukan Yahudi yang dibenarkan oleh kerajaan Roma untuk membawa senjata.

Menurut seorang cendekiawan yang bernama Joachim Jeremias, “semasa para pengawal datang untuk menangkap Yesus, dia bertanya kepada mereka mengapa mereka tidak menangkapnya semasa dia mengajar di Rumah Tuhan tiap-tiap hari. (Mat. 26:55) Kata-kata Yesus menunjukkan dengan jelas bahawa mereka ialah pengawal di Rumah Tuhan.” Cendekiawan itu juga percaya bahawa orang yang diutus untuk menangkap Yesus sebelum itu juga merupakan pengawal di Rumah Tuhan. (Yoh. 7:32, 45, 46) Pada masa lain, para pengawal di Rumah Tuhan dan ketua mereka telah diutus untuk membawa murid-murid Yesus menghadap Majlis Orang Yahudi, dan barangkali merekalah yang menyeret Rasul Paulus keluar dari Rumah Tuhan.​—Kis. 4:1-3; 5:17-27; 21:27-30.