Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Ingatkah Anda?

Ingatkah Anda?

Sudahkah anda membaca majalah-majalah Menara Pengawal tahun ini dengan teliti? Lihatlah sama ada anda dapat menjawab soalan-soalan yang berikut:

Bagaimanakah kita patut melayan kaum terurap?

Kita mahu meniru iman mereka, tetapi kita tidak mahu meninggi-ninggikan mereka dengan memberi mereka terlalu banyak perhatian. Kita juga tidak akan menanya mereka soalan peribadi seperti bagaimana mereka diurapi.​—w20.01, ms. 29.

Apakah yang meyakinkan anda bahawa Yehuwa memperhatikan anda?

Bible menyatakan bahawa Yehuwa memperhatikan anda bahkan sebelum anda dilahirkan. Yehuwa sendiri mendengar doa anda dan mengetahui isi hati dan fikiran anda. Anda dapat membuat Yehuwa berasa sedih atau gembira. (1 Taw. 28:9; Ams. 27:11) Dia sendiri memimpin anda kepada-Nya.​—w20.02, ms. 12.

Bilakah masanya untuk bercakap dan berdiam diri?

Kita harus sentiasa bersedia bercakap tentang Yehuwa. Kita harus bercakap semasa kita nampak orang lain bakal melakukan kesilapan besar. Para penatua harus memberikan teguran apabila perlu. Kita tidak akan membocorkan maklumat atau mendesak seseorang untuk bercakap tentang kegiatan kita di negara yang mengharamkan kerja kita. Kita tidak akan mendedahkan maklumat yang sulit.​—w20.03, ms. 20-21.

Apakah perbezaan antara kawanan belalang di Yoel bab 2 dengan kawanan belalang di Wahyu bab 9?

Di Yoel 2:20-29, Tuhan mengusir kawanan belalang dan berjanji untuk mengganti kerugian yang disebabkan oleh mereka. Kemudian, Tuhan mencurahkan kuasa suci-Nya. Sebahagian nubuat ini menjadi kenyataan semasa Babilon menyerang Israel, dan sebahagian lagi berlaku ratusan tahun kemudian. Kawanan belalang di Wahyu 9:1-11 merujuk kepada kaum terurap. Mesej penghakiman Tuhan yang disampaikan mereka membuat orang yang menyokong sistem dunia Syaitan berasa terseksa.​—w20.04, ms. 3-6.

Siapakah raja utara pada zaman ini?

Rusia dan sekutu-sekutunya. Mereka mempengaruhi umat Tuhan secara langsung, mengharamkan kerja penyebaran, dan membenci Saksi-Saksi Yehuwa. Raja utara terus bersaing dengan raja selatan.​—w20.05, ms. 13.

Adakah “buah kuasa suci Tuhan” hanya merangkumi sifat-sifat yang disebut di Galatia 5:22, 23?

Tidak. Kuasa suci Tuhan dapat membantu kita menghasilkan sifat murni lain seperti kejujuran dan kebenaran. (Ef. 5:8, 9)​—w20.06, ms. 17.

Apakah bahayanya memaparkan maklumat peribadi di media sosial?

Maklumat yang kita paparkan mungkin membuat orang berfikir bahawa kita sombong dan suka menunjuk-nunjuk.​—w20.07, ms. 6-7.

Apakah yang dapat kita pelajari daripada nelayan yang mahir?

Mereka menebarkan jala pada masa dan di tempat banyak ikan dapat ditangkap, tahu peralatan yang betul dan cara menggunakannya, dan berani menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kita harus meniru mereka semasa menginjil.​—w20.09, ms. 5.

Bagaimanakah kita dapat membantu pelajar Bible memperdalam kasih mereka kepada Yehuwa?

Galakkan mereka untuk membaca dan merenungkan Bible setiap hari. Ajarlah mereka untuk berdoa.​—w20.11, ms. 4.

Siapakah yang dimaksudkan oleh Paulus semasa dia menulis, “Semua orang akan dihidupkan kerana Kristus”?​—1 Kor. 15:22.

Kata-kata Paulus tidak bermaksud bahawa semua manusia akan dibangkitkan. Namun, kaum terurap yang “disucikan untuk bersatu dengan Kristus Yesus” tergolong dalam “semua orang” yang akan dihidupkan. (1 Kor. 1:2; 15:18)​—w20.12, ms. 5-6.

Apakah yang akan dilakukan oleh orang Kristian terurap yang dibangkitkan ke syurga?​—1 Kor. 15:51-53.

Mereka akan mengikut Yesus untuk memerintah bangsa-bangsa dengan tongkat besi. (Why. 2:26, 27)​—w20.12, ms. 12-13.