Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Semua Orang Menginginkan Masa Depan yang Lebih Baik

Semua Orang Menginginkan Masa Depan yang Lebih Baik

Apakah masa depan yang anda inginkan? Kebanyakan orang ingin hidup bahagia, sihat, damai, dan makmur. Sudah pasti, anda menginginkan masa depan sebegini untuk diri anda dan keluarga anda.

Namun, ramai orang berasa bahawa masa depan sebegini hanyalah mimpi. Mereka telah melihat bagaimana hal-hal buruk, seperti pandemik COVID-19, tiba-tiba berlaku dan menjejaskan kehidupan mereka, menyebabkan masalah ekonomi, dan bahkan mengancam nyawa mereka. Akibatnya, mereka berasa bahawa masa depan mereka tidak terjamin.

Memandangkan keadaan pada masa depan tidak menentu, ramai orang cuba mencari sesuatu yang dapat memberi mereka masa depan yang lebih baik. Ada yang percaya kepada nasib atau tuah. Ramai yang mengejar pendidikan tinggi atau kekayaan kerana berfikir bahawa hal-hal ini akan membantu mereka mendapat apa yang mereka inginkan. Yang lain pula berfikir bahawa mereka hanya perlu menjadi orang yang baik untuk hidup bahagia.

Adakah hal-hal yang disebutkan ini dapat membawa masa depan yang anda inginkan? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu memikirkan soalan-soalan berikut:

  • Apakah yang menentukan masa depan anda?

  • Dapatkah pendidikan dan wang menjamin kebahagiaan hidup?

  • Jika anda menjadi orang yang baik, adakah masa depan anda akan terjamin?

  • Apakah bimbingan yang benar-benar dapat memberi anda masa depan yang baik?

Majalah ini akan membincangkan jawapannya.