Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Ingatkah Anda?

Ingatkah Anda?

Sudahkah anda membaca majalah-majalah Menara Pengawal tahun ini dengan teliti? Lihatlah sama ada anda dapat menjawab soalan-soalan yang berikut:

Yakobus 5:11 menyatakan bahawa Yehuwa “mempunyai kasih yang mendalam” dan “berbelas kasihan.” Kata-kata ini meyakinkan kita tentang hal apa?

Yakobus 5:11 meyakinkan kita bahawa Yehuwa sudi mengampunkan kesalahan kita dan sangat ingin membantu kita. Kita mahu meniru teladan Yehuwa.—w21.01, ms. 21.

Mengapakah Yehuwa mengasaskan aturan kekepalaan?

Dia mengasihi keluarga-Nya dan ingin keluarga-Nya berfungsi dengan damai dan teratur. Setiap ahli keluarga yang mengikut aturan ini akan mengetahui siapa yang patut membuat keputusan terakhir dan siapa yang patut melaksanakan keputusan itu.—w21.02, ms. 3.

Orang Kristian harus berhati-hati tentang apa semasa menggunakan aplikasi mesej?

Mereka harus berhati-hati agar tidak terdedah kepada pergaulan buruk, terutamanya dalam kumpulan mesej yang mempunyai banyak pengguna. (1 Tim. 5:13) Mereka juga harus mengelak daripada menyebarkan laporan yang belum disahkan dan tidak menganggap saudara saudari sebagai peluang untuk berniaga.—w21.03, ms. 31.

Apakah beberapa sebab Tuhan membiarkan Yesus menderita sebelum dia mati?

Pertama, Yesus harus digantung pada tiang untuk membebaskan orang Yahudi daripada satu kutukan. (Gal. 3:10, 13) Kedua, Yehuwa ingin melatih Yesus untuk menjadi Imam Agung. Ketiga, kesetiaan Yesus membuktikan bahawa manusia dapat tetap setia walaupun mengalami ujian yang berat. (Ayb. 1:9-11)—w21.04, ms. 16-17.

Apakah yang dapat anda lakukan jika orang susah ditemui di kawasan aktiviti penyebaran?

Anda boleh cuba mencari mereka pada masa mereka berada di rumah. Selain itu, anda boleh menginjil di tempat yang berlainan. Anda juga boleh mencuba kaedah yang berlainan, seperti menulis surat.—w21.05, ms. 15-16.

Apakah yang dimaksudkan oleh Rasul Paulus semasa dia berkata, “Aku sudah mati terhadap hukum kerana aku mematuhi hukum itu”? (Gal. 2:19, nota kaki)

Hukum Musa menunjukkan bahawa manusia adalah tidak sempurna, dan memimpin orang Israel kepada Kristus. (Gal. 3:19, 24) Oleh sebab Paulus menerima Kristus, dia “mati terhadap hukum itu” dan tidak perlu mematuhi Hukum Musa lagi.—w21.06, ms. 31.

Mengapakah Yehuwa ialah teladan yang terbaik dalam menunjukkan ketabahan?

Yehuwa telah menunjukkan ketabahan walaupun nama-Nya dicela, kedaulatan-Nya ditentang, sesetengah anak-Nya memberontak terhadap-Nya, dusta Si Iblis, penderitaan hamba-hamba-Nya yang dikasihi, merindui sahabat-sahabat-Nya yang telah meninggal, manusia jahat menindas orang lain, dan bumi yang diciptakan-Nya dirosakkan.—w21.07, ms. 9-12.

Bagaimanakah Yusuf menunjukkan teladan yang baik dalam hal bersabar?

Yusuf dilayan dengan tidak adil oleh abang-abangnya. Akibatnya, dia telah difitnah dan dipenjarakan di Mesir selama bertahun-tahun.—w21.08, ms. 12.

Apakah kerja menggoncang yang dinubuatkan di Hagai 2:6-9, 20-22?

Kebanyakan orang mempunyai reaksi yang negatif terhadap kerja penyebaran, tetapi ada ramai juga yang menerima kebenaran. Tidak lama lagi, kerja menggoncang yang terakhir akan berlaku semasa bangsa-bangsa dilenyapkan.—w21.09, ms. 15-19.

Mengapakah kita tidak patut berputus asa dalam kerja penyebaran?

Yehuwa melihat usaha dan ketabahan kita, dan hal itu menyenangkan hati-Nya. Jika kita tidak berputus asa, kita akan mendapat kehidupan kekal.—w21.10, ms. 25-26.

Bagaimanakah Imamat bab 19 membantu kita menerapkan nasihat ini: “Hendaklah kamu menjadi suci seperti Dia dalam segala tingkah laku kamu”? (1 Ptr. 1:15)

Kata-kata Petrus mungkin dipetik daripada Imamat 19:2. Bab itu mengandungi banyak contoh tentang bagaimana kita dapat menerapkan 1 Petrus 1:15 dalam kehidupan seharian kita.​—w21.12, ms. 3-4.