Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Tip Laman Web

Tip Laman Web

Mencari Rencana yang Pernah Muncul

Ramai saudara saudari suka menggunakan rencana di laman utama jw.org semasa menjalankan kerja penyebaran. Rencana-rencana itu mudah dihantar secara elektronik dan sering menjelaskan kaitan antara peristiwa dunia yang baru berlaku dengan nubuat Bible. Seorang saudara menulis bahawa rencana-rencana ini “sangat sesuai bagi kerja penyebaran kita sekarang.”

Tetapi rencana yang disyorkan sering digantikan dengan rencana lain. Jadi bagaimanakah anda dapat menjumpai rencana yang tidak lagi muncul pada laman utama jw.org?

  • Di laman utama jw.org, klik pautan “Lihat Lebih Lanjut” yang terletak di bahagian atas halaman. Pautan ini akan membawa anda ke halaman “Baru Disyorkan dalam Laman Utama.” Di sini, anda akan menjumpai rencana-rencana yang disyorkan baru-baru ini.

  • Di laman jw.org atau di aplikasi JW Library®, klik “Perpustakaan,” kemudian “Siri Rencana,” dan akhirnya pilih “Topik-Topik Lain.” Bahagian ini mempunyai banyak rencana yang telah dipaparkan pada laman utama jw.org.