Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Tip Pembelajaran

Tip Pembelajaran

Menggunakan Bahagian “Maklumat Terkini” dengan Baik

Bahagian “Maklumat Terkini” dalam aplikasi JW Library® dan di jw.org memaparkan rencana atau video yang baru dikeluarkan. Bagaimanakah anda dapat menggunakan bahagian ini untuk mencari maklumat yang terkini?

JW Library

  • Apabila satu rencana baharu dikeluarkan, siri rencana yang mengandungi rencana baharu itu akan dikemaskinikan. Untuk membaca rencana terkini, muat turun versi terkini siri rencana yang muncul di bahagian “Maklumat Terkini.” Rencana baharu itu akan berada di bahagian teratas dalam senarai rencana, yang disusun mengikut tarikh.

  • Jika terdapat bahan yang lebih panjang, seperti majalah, anda mungkin perlu masa yang lebih lama untuk habis membacanya. Anda boleh menyimpan bahan itu dalam bahagian Kegemaran untuk memudahkan anda membacanya sehingga habis.

JW.ORG

Sesetengah maklumat, seperti laporan berita dan pengumuman tertentu, hanya dipaparkan di laman web jw.org dan tidak terdapat dalam aplikasi JW Library. Maka, layari bahagian “Maklumat Terkini” di jw.org secara kerap untuk membaca rencana yang terkini.