Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Tip Pembelajaran

Tip Pembelajaran

Cara Memastikan Pemahaman Kita ialah Pemahaman yang Terkini

Kita hidup pada masa yang sangat menggemparkan kerana Yehuwa sedang memberi kita banyak pemahaman rohani secara beransur-ansur. (Dan. 12:4) Biarpun begitu, kita mungkin berasa susah untuk memastikan bahawa pemahaman kita ialah pemahaman yang terkini. Di manakah kita dapat menjumpai senarai pemahaman terkini dan penjelasannya?

Panduan Penyelidikan Saksi-Saksi Yehuwa mengandungi senarai yang disusun mengikut topik. Lihat “Saksi-Saksi Yehuwa,” kemudian cari “Kepercayaan,” dan “Ajaran yang Dikemaskinikan.”

• Di PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower, taip “ajaran yang dikemaskinikan” (termasuk tanda petik) di kotak carian.

Sebagai projek pembelajaran peribadi anda, pilihlah salah satu ajaran yang dikemaskinikan baru-baru ini. Buatlah penyelidikan tentang mengapa ajaran itu dikemaskinikan dan lihatlah buktinya daripada Bible.