Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

TIP PEMBELAJARAN

Carilah Permata Rohani yang Dapat Anda Terapkan

Carilah Permata Rohani yang Dapat Anda Terapkan

Semasa membaca Bible, kita dapat mencari permata rohani dengan membuat penyelidikan. Apakah yang dapat kita lakukan untuk meraih manfaat yang sepenuhnya?

Kajilah butiran kisah Bible. Fikirkan soalan seperti, “Siapakah penulisnya? Catatan ini ditulis untuk siapa? Bilakah kisah ini ditulis? Apakah keadaan pada masa itu? Apakah yang berlaku sebelum dan selepas kisah ini dicatatkan?”

Fikirkan pengajarannya dengan merenungkan soalan seperti, “Apakah perasaan orang dalam kisah ini? Apakah sifat-sifat yang ditunjukkan oleh mereka? Mengapakah saya patut meniru atau menjauhi sifat itu?”

Terapkan apa yang dipelajari semasa menginjil atau melayan orang lain. Dengan itu anda akan menjadi orang yang berpengertian. Bible menyatakan, “Semua orang yang mematuhi [perintah Tuhan] sangat berpengertian.”​—Mzm. 111:10.

  • Tip: Perhatikan bagaimana maklumat dalam bahagian Harta Karun dalam Firman Tuhan bagi perjumpaan pertengahan minggu membantu kita bertumpu kepada cara menerapkan permata rohani. Bahagian ini selalunya mempunyai soalan yang boleh kita fikirkan, poin yang boleh kita renungkan, dan gambar yang boleh kita kaji.