Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Comstock Images/Stockbyte via Getty Images

TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Siapakah Pemimpin yang Akan Anda Pilih?—Apakah yang Bible Katakan?

Siapakah Pemimpin yang Akan Anda Pilih?—Apakah yang Bible Katakan?

 Orang ramai harus membuat keputusan yang penting tentang pemimpin yang akan mereka pilih.

 Apakah yang Bible katakan?

Pemimpin manusia mempunyai keterbatasan

 Bible menjelaskan bahawa pemimpin manusia mempunyai keterbatasan.

  •   “Janganlah berharap kepada pemerintah atau mana-mana manusia. Mereka tidak dapat membawa penyelamatan. Apabila manusia putus nafas, mereka kembali ke tanah; pada hari itu juga, segala fikiran mereka lenyap.”—Mazmur 146:3, 4.

 Walaupun terdapat pemimpin manusia yang baik dan cekap, mereka akhirnya akan mati. Selain itu, mereka tidak dapat menjamin bahawa orang yang menggantikannya akan memimpin seperti mereka.—Pengkhutbah 2:18, 19.

 Sebenarnya, Bible kata bahawa manusia tidak mempunyai kebolehan untuk memerintah diri sendiri.

  •   “Manusia yang sedang berjalan pun tidak dapat mengarahkan langkahnya.”—Yeremia 10:23.

 Adakah sesiapa yang dapat menjadi pemimpin yang baik pada hari ini?

Pemimpin pilihan Tuhan

 Bible menjelaskan bahawa Tuhan telah melantik seorang pemimpin yang paling cekap dan boleh dipercayai, iaitu Yesus Kristus. (Mazmur 2:6) Yesus akan memerintah sebagai Raja Kerajaan Tuhan di syurga.—Matius 6:10.

 Adakah anda akan memilih Yesus sebagai pemimpin anda? Bible menyatakan betapa pentingnya pilihan ini:

  •   ‘Muliakanlah anak Tuhan [Yesus Kristus] supaya Tuhan tidak menjadi murka dan supaya kamu tidak lenyap daripada haluan yang benar, kerana Dia akan melampiaskan kemurkaan-Nya secara tiba-tiba. Tetapi berbahagialah orang yang berlindung kepada-Nya!’—Mazmur 2:12.

 Sekaranglah masanya untuk membuat keputusan anda. Berdasarkan nubuat Bible, kita tahu bahawa Yesus mula memerintah pada 1914, dan Kerajaan Tuhan akan menggantikan semua kerajaan manusia tidak lama lagi.—Daniel 2:44.

 Untuk tahu lebih lanjut tentang cara anda dapat menyokong pemerintahan Yesus, bacalah rencana “Sokonglah Kerajaan Tuhan Sekarang!