TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Kesihatan Mental Remaja Semakin Merosot—Apakah yang Bible Katakan?

Kesihatan Mental Remaja Semakin Merosot—Apakah yang Bible Katakan?

 Pada Isnin, 13 Februari 2023, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat mengeluarkan laporan berkenaan kesihatan mental para remaja di negara itu. Menurut laporan itu, lebih daripada 40 peratus pelajar sekolah menengah mengalami kesedihan yang berterusan dan putus harapan dalam hidup.

 Dr. Kathleen Ethier, pengarah Bahagian Kesihatan Remaja dan Sekolah (DASH) di CDC kata, “Sejak 10 tahun yang lalu, kami mula melihat kemerosotan kesihatan mental dalam kalangan kaum muda. Tetapi kebelakangan ini, kesihatan mental dalam kalangan remaja perempuan menjunam ke tahap yang membimbangkan. Laporan menunjukkan bahawa jumlah gadis muda yang mengalami perasaan ingin bunuh diri atau cuba berbuat demikian telah meningkat dengan mendadak.”

 Laporan itu menyatakan:

  •   Lebih daripada 1 dalam 10 remaja perempuan (14 peratus) telah dipaksa melakukan hubungan seks. “Hal ini sangat mengejutkan,” kata Dr. Ethier. “Sekurang-kurangnya 1 daripada 10 gadis muda, atau lebih daripada itu, pernah dirogol.”

  •   Kira-kira 1 daripada 3 remaja perempuan (30 peratus) pernah fikir untuk bunuh diri.

  •   Kira-kira 3 daripada 5 remaja perempuan (57 peratus) mengalami perasaan sedih yang berterusan dan hilang harapan.

 Laporan sebegini sangat menyedihkan. Zaman remaja sepatutnya masa yang bahagia dan menggembirakan. Apakah yang dapat membantu anak muda menangani tekanan? Apakah yang Bible katakan?

Bible mengandungi bimbingan untuk kaum muda

 Bible sebut tentang cabaran hidup pada zaman ini. Bible kata ini merupakan “masa genting yang sukar dihadapi.” (2 Timotius 3:1-5) Namun, nasihat Bible yang berguna telah membantu jutaan remaja di serata dunia untuk menangani cabaran dan tekanan dengan berjaya. Kajilah beberapa bahan terbitan berikut yang berdasarkan Bible.

 Bantuan untuk remaja yang bergelut dengan perasaan ingin bunuh diri

  •   Bagaimana jika Saya Tidak Mahu Hidup Lagi?

  •   Saya Mahu Mati—Dapatkah Bible Membantu Saya apabila Saya Ingin Bunuh Diri?

  •   Buat Apa Hidup? dalam bahasa Indonesia

 Bantuan untuk remaja yang mengalami kemurungan, kesedihan yang berlanjutan, atau perasaan yang negatif

  •   Bagaimana Saya Dapat Mengatasi Kemurungan?

  •   Bagaimanakah Saya Dapat Melawan Fikiran yang Negatif?

  •   Bagaimanakah Saya Dapat Mengatasi Perasaan Khuatir?

  •   Bagaimanakah Saya Dapat Mengawal Emosi Saya?

  •   Kamu Dapat Berasa Gembira Semula (animasi papan putih)

 Bantuan untuk remaja menangani masalah buli

  •   Bagaimanakah kalau Saya Dibuli?

  •   Bagaimanakah jika Saya Dibuli dalam Dunia Siber?

  •   Cara Berdepan dengan Pembuli (animasi papan putih)

 Bantuan untuk remaja yang mengalami gangguan atau serangan seksual

  •   Bagaimanakah Saya Dapat Menangani Gangguan Seksual?

  •   Apakah yang Perlu Saya Ketahui tentang Serangan Seksual?—Bahagian 1: Pencegahan

  •   Apakah yang Perlu Saya Ketahui tentang Serangan Seksual?—Bahagian 2: Pemulihan

Bible mengandungi bimbingan untuk ibu bapa

 Bible juga mengandungi nasihat praktikal bagi ibu bapa untuk membantu anak mereka menghadapi cabaran hidup. Kajilah beberapa bahan terbitan berikut yang berdasarkan Bible.

  •   Depresi Remaja—Penyebab dan Solusinya dalam bahasa Indonesia

  •   Bila Anak Gadis Anda Stres dalam bahasa Indonesia

  •   Bagaimana jika Anak Saya Dibuli?

  •   Bila Anak Anda Suka Melukai Diri dalam bahasa Indonesia

  •   Media Sosial dan Anak Anda—Bahagian 1: Patutkah Anak Saya Menggunakan Media Sosial?

  •   Media Sosial dan Anak Anda—Bahagian 2: Mengajar Anak Anda Cara Menggunakan Media Sosial dengan Selamat

  •   Kanak-Kanak dan Telefon Pintar—Bahagian 1: Patutkah Anak Saya Memiliki Telefon Pintar?

  •   Kanak-Kanak dan Telefon Pintar—Bahagian 2: Mengajar Anak Menggunakan Telefon Pintar dengan Bijak

  •   Mengajar Anak tentang Bahaya Sexting dalam bahasa Indonesia