Lompat ke kandungan

Sebilangan daripada 65 orang saudara yang dibebaskan selepas Mahkamah Agung Korea Selatan menyatakan bahawa orang yang enggan menyertai khidmat tentera atas dasar hati nurani tidak melanggar undang-undang.

7 MAC 2019
KOREA SELATAN

Semua Saksi-Saksi Yehuwa yang Dipenjarakan kerana Menolak Khidmat Tentera di Korea Selatan Kini Dibebaskan

Semua Saksi-Saksi Yehuwa yang Dipenjarakan kerana Menolak Khidmat Tentera di Korea Selatan Kini Dibebaskan

Pada 28 Februari 2019, Saksi-Saksi Yehuwa terakhir yang dipenjarakan di Korea Selatan kerana berpendirian neutral telah dibebaskan. Semua saudara yang dibebaskan sangat bersyukur kerana mereka berpeluang untuk membuktikan kesetiaan mereka kepada Tuhan Yehuwa.

Sepanjang 65 tahun, banyak saudara kita dipenjarakan kerana mereka enggan menyertai khidmat tentera. Tetapi pada 1 November 2018, Mahkamah Agung menyatakan bahawa orang yang enggan menyertai khidmat tentera atas dasar hati nurani tidak melanggar undang-undang. Sejak masa itu, 65 orang saudara telah dibebaskan.

Iman dan kesetiaan saudara-saudara kita di Korea mendorong kita “menjadi lebih berani” untuk berkhidmat kepada Raja kita dan menyokong Kerajaan-Nya. (Filipi 1:14) Kita akan terus berdoa untuk saudara saudari kita di Eritrea, Rusia, Singapura, dan Turkmenistan yang masih dipenjarakan.—Ibrani 10:34.