Lompat ke kandungan

20 MAC 2019
RUSIA

Mahkamah Rusia Membebaskan Satu daripada Tiga Orang Saksi-Saksi Yehuwa yang Ditahan di Surgut, Rusia

Mahkamah Rusia Membebaskan Satu daripada Tiga Orang Saksi-Saksi Yehuwa yang Ditahan di Surgut, Rusia

Pada 7 Mac 2019, Mahkamah Rayuan di Khanty-Mansiysk, Rusia, membatalkan keputusan Mahkamah Perbicaraan Bandar Surgut atas penahanan Saudara Artur Severinchik tanpa perbicaraan. Dia kemudiannya dibebaskan pada 15 Mac.

Saudara Severinchik merupakan salah seorang daripada tiga orang saudara yang ditahan tanpa perbicaraan sejak 17 Februari, selepas serbuan yang dibuat di bandar Surgut dan Lyantor. Mahkamah enggan melepaskan dua lagi orang saudara yang bernama Yevgeniy Fedin dan Sergey Loginov.

Situasi ini mendapat perhatian antarabangsa. Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah telah mengarahkan pihak Rusia agar mengaturkan pakar perubatan yang bukan doktor kerajaan untuk merawat Saudara Loginov yang didera secara fizikal semasa ditahan.

Kami amat bersyukur kerana Saudara Severinchik telah dibebaskan. Kami berdoa agar saudara saudari yang dipenjarakan di Rusia untuk terus yakin kepada Yehuwa. Dengan adanya sokongan Yehuwa, mereka “tidak akan sekali-kali goyah.”—Mazmur 16:8.