Lompat ke kandungan

6 JUN 2019
VENEZUELA

Perkembangan Terkini di Venezuela: Cabaran yang Berterusan Tidak Menghalang Peningkatan Aktiviti Rohani

Perkembangan Terkini di Venezuela: Cabaran yang Berterusan Tidak Menghalang Peningkatan Aktiviti Rohani

Krisis sosial dan ekonomi di Venezuela masih berterusan. Makanan, air, bahan api, dan ubat-ubatan sangat susah didapati kerana bekalan yang terhad dan harga yang melambung tinggi. Bekalan elektrik yang sering terputus juga menyebabkan makanan yang perlu disimpan dalam peti sejuk rosak dan hal itu membuat masalah kekurangan makanan menjadi bertambah teruk. Selain itu, kes jenayah semakin berleluasa.

Walaupun keadaan sangat mencabar, lebih daripada 136,500 orang penyiar di Venezuela terus menginjil dengan bersemangat. Contohnya, pada bulan Januari 2019, walaupun jumlah penyiar turun sebanyak 7,000 orang berbanding tahun sebelumnya, waktu yang diluangkan dalam kerja penyebaran bertambah sebanyak 90,000 jam berbanding tahun sebelumnya. Pada bulan April 2019, lebih daripada 195,600 pembelajaran Bible telah diadakan. Bilangan perintis biasa telah meningkat kepada lebih daripada 30,000 orang. Semasa kempen mengedarkan jemputan bagi Peringatan kematian Kristus diadakan, bilangan perintis sokongan telah meningkat kepada 20,400 orang. Hasilnya, jumlah hadirin Peringatan hampir mencecah 471,000 orang, iaitu lebih daripada tiga kali ganda jumlah penyiar di situ. Banyak orang juga menghadiri perjumpaan Kristian kita kerana saudara saudari kita giat menyebarkan harapan Bible kepada orang yang mencari penyelesaian bagi masalah mereka.

Pejabat cawangan Venezuela terus memberikan makanan kepada saudara saudari kita untuk membantu mereka. Dengan bantuan daripada pejabat-pejabat cawangan terdekat dan sumbangan daripada kerja sedunia, setiap bulan pejabat cawangan Venezuela mengedarkan ratusan tan makanan kepada 75,000 orang penyiar di 1,595 buah sidang.

Saudara saudari kita di Venezuela sedang menghadapi banyak cabaran, tetapi kita sangat digalakkan kerana mereka ‘bergirang hati dan bersukacita kerana Yehuwa ialah penyelamat mereka.’—Habakuk 3:17, 18.