Lompat ke kandungan

Kiri ke kanan: Saudara Vladimir Bukin, Mikhail Burkov, Valeriy Slashchev, dan Sergey Yuferov

26 JANUARI 2022 | DIKEMASKINIKAN: 27 JUN 2023
RUSIA

TERKINI—PARA SAUDARA DIPENJARAKAN | Para Saudara di Tynda Tabah kerana Bantu Orang Lain dan Yakin pada Yehuwa

TERKINI—PARA SAUDARA DIPENJARAKAN | Para Saudara di Tynda Tabah kerana Bantu Orang Lain dan Yakin pada Yehuwa

Pada 23 Jun 2023, Mahkamah Daerah Tyndinskiy di Wilayah Amur mensabitkan Saudara Vladimir Bukin, Mikhail Burkov, Valeriy Slashchev, dan Sergey Yuferov. Mikhail dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dan dua bulan. Vladimir, Valeriy, dan Sergey masing-masing dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan empat bulan. Mereka telah ditahan dengan serta-merta.

Pada 27 Disember 2022, Mahkamah Wilayah Amur membatalkan sabitan Vladimir, Mikhail, Valeriy, dan Sergey dan mengembalikan kes mereka untuk perbicaraan mahkamah yang baharu. Para saudara dibebaskan daripada tahanan dan sedang menunggu perbicaraan mahkamah yang baharu. Namun, mereka dilarang untuk meninggalkan wilayah tersebut.

Pada 25 Oktober 2022, Mahkamah Daerah Tyndinskiy di Wilayah Amur mensabitkan Vladimir, Mikhail, Valeriy dan Sergey. Vladimir, Valeriy, dan Sergey masing-masing dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dan enam bulan. Mikhail dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dan dua bulan. Mereka semua ditahan dengan serta-merta di mahkamah.

Garis Masa

  1. 17 November 2019

    Pegawai penguat kuasa undang-undang membongkar rumah lapan keluarga Saksi-Saksi Yehuwa di kawasan itu, termasuk rumah empat saudara tersebut

  2. 18 November 2019

    Penyiasat mendakwa empat saudara sebagai ekstremis. Mereka dikenakan pelbagai sekatan dan tidak dibenarkan untuk keluar dari kawasan mereka

  3. 26 Julai 2021

    Perbicaraan mahkamah bermula

Profil

Kita memang percaya bahawa Yehuwa akan terus “menunjukkan kasih setia” kepada para saudara tersayang dan semua penyembah-Nya yang setia.—Kejadian 39:21.