Lompat ke kandungan

Bangunan Mahkamah Agung Monaco

23 NOVEMBER 2022
MONACO

Saksi-Saksi Yehuwa Didaftar Secara Sah di Monaco

Saksi-Saksi Yehuwa Didaftar Secara Sah di Monaco

Pada 19 November 2022, Saksi-Saksi Yehuwa didaftar secara sah di Monaco. Perkembangan undang-undang ini adalah selepas dua keputusan yang memihak kepada kita dari Mahkamah Agung Monaco dan satu keputusan dari Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR).

Kurang daripada dua tahun selepas saudara-saudara kita membuat permohonan kepada ECHR, ECHR memberi keputusan kepada kerajaan Monaco dan meminta mereka mencari penyelesaian.

Selepas satu kes dimaklumkan kepada kerajaan, pihak-pihak yang terlibat mula-mulanya cuba untuk runding dan cari penyelesaian yang damai. Hasilnya, kerajaan Monaco setuju untuk mendaftar pertubuhan Saksi-Saksi Yehuwa. Pada 9 Disember 2021, ECHR mengeluarkan keputusan untuk terima penyelesaian damai yang menyatakan kerajaan Monaco akan mendaftar organisasi kita secara sah tanpa sebarang sekatan ke atas ibadat kita. Kerajaan juga setuju untuk membayar yuran guaman kita yang berjumlah lebih daripada 35,000 euro (RM168,800).

Pada 16 November 2022, kerajaan Monaco mengeluarkan dokumen yang mengesahkan pendaftaran Association Monégasque pour le Culte des Témoins de Jéhovah (Persatuan Monaco untuk Ibadat Saksi-Saksi Yehuwa). Pada 18 November 2022, dokumen itu diterbitkan dalam Jurnal Monaco yang rasmi.

Kita tumpang gembira kerana saudara saudari kita di Monaco dapat menyembah Yehuwa tanpa halangan daripada kerajaan. Kita berterima kasih kepada Yehuwa untuk pengiktirafan undang-undang ini yang sudah lama dinantikan.—Filipi 1:7.