Lompat ke kandungan

Dewan Perhimpunan di Tiachiv, Ukraine, disediakan untuk menyambut pelarian

8 MAC 2022
UKRAINE

TERKINI #1 | Kasih Persaudaraan Tetap Membara Saat Krisis di Ukraine Berlanjutan

TERKINI #1 | Kasih Persaudaraan Tetap Membara Saat Krisis di Ukraine Berlanjutan

Kehidupan semakin susah bagi saudara saudari kita di bandar Mariupol, Kharkiv, Hostomel, dan bandar lain kerana pengeboman yang berterusan di Ukraine. Ada antara mereka yang harus tetap berada di tingkat bawah tanah atau tempat perlindungan untuk kira-kira seminggu. Mereka tidak mempunyai banyak makanan dan oleh sebab bekalan elektrik, Internet, dan talian mudah alih hanya berfungsi kadangkala, adalah susah untuk menghubungi saudara saudari.

Sedih sekali, Saudara Dmytro Rozdorskyi, penatua di Myrnohrad yang berumur 28 tahun, meninggal akibat kecederaan selepas terpijak periuk api. Kita berdoa untuk mereka yang kehilangan orang tersayang serta saudara saudari di kawasan yang mengalami banyak pengeboman.—2 Tesalonika 3:1.

Sebuah Dewan Perjumpaan di bandar Ovruch, Ukraine, mengalami kerosakan teruk semasa pengeboman

Setakat 7 Mac 2022, berikut ialah jumlah yang dilaporkan dari Ukraine:

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • 2 penyiar meninggal

  • 8 penyiar tercedera

  • 20,617 penyiar melarikan diri dari rumah ke tempat yang lebih selamat dalam negara itu

  • 25 rumah musnah

  • 29 rumah alami kerosakan besar

  • 173 rumah alami kerosakan kecil

  • 5 Dewan Perjumpaan alami kerosakan

Bantuan yang Dihulurkan

  • 27 Jawatankuasa Bantuan Bencana (DRC) sedang beroperasi

  • 6,548 penyiar dibantu secara langsung oleh DRC untuk mencari tempat tinggal yang lebih selamat

  • 7,008 penyiar melarikan diri ke negara lain dan dibantu oleh saudara saudari Kristian

  • 1 Dewan Perhimpunan dan kira-kira 30 Dewan Perjumpaan di Ukraine barat, seperti di wilayah Chernevtsi, Ivano-Frankivsk, Lviv, dan Transcarpathian telah bersedia untuk menyambut pelarian