Lompat ke kandungan

Perbualan yang menggalakkan tentang Bible bersama saudara saudari yang telah melarikan diri dari rumah mereka

23 MEI 2022
UKRAINE

TERKINI #8 | Kasih Persaudaraan Tetap Membara Saat Krisis di Ukraine Berlanjutan

Para Gembala Rohani Menggandakan Usaha ketika Perang Berlanjutan

TERKINI #8 | Kasih Persaudaraan Tetap Membara Saat Krisis di Ukraine Berlanjutan

Sewaktu krisis di Ukraine berterusan, pejabat cawangan Ukraine telah menggandakan usaha dalam kerja penggembalaan. Saudara-saudara di seluruh Ukraine sedang berusaha untuk memberikan galakan dan sokongan kepada ribuan penyiar yang terpaksa melarikan diri dari tempat tinggal mereka. Usaha mereka membawa hasil yang baik. Di bahagian barat Ukraine, setelah lawatan seorang ahli Jawatankuasa Cawangan, seorang saudari di bandar Uzhgorod yang berlindung bersama kira-kira 30 orang saudara saudari di Dewan Perjumpaan berkata, “Saya rasa Yehuwa seolah-olah sedang memeluk saya.”

Usaha keras juga dicurahkan untuk menggembala sekitar 100 orang ahli yang berkhidmat dalam 27 Jawatankuasa Bantuan Bencana (DRC). Ihor, seorang ahli DRC, berkata, “Semasa saya mula berkhidmat dalam DRC, saya dan isteri saya terpaksa meninggalkan rumah kami dan tinggal di rumah lain. Seorang ahli Jawatankuasa Cawangan meluangkan masa untuk melawat kami dan dengar luahan kami, biarpun dia sendiri sangat sibuk. Kami sangat penat pada masa itu, tapi kami dapat rasa keprihatinannya terhadap kami.” Ihor menambah, “Dalam sesetengah situasi, kita seperti bayi. Kita tidak dapat kawal situasi itu, dan kita tidak dapat cari penyelesaian. Kita hanya dapat berdoa dan minta bimbingan Yehuwa. Tapi itulah masanya kita sering melihat Yehuwa bertindak untuk membantu kita.”

Di zon peperangan, 4 Dewan Perjumpaan telah dimusnahkan, 8 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan besar, dan 33 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan.

Sebuah Dewan Perjumpaan di Kyiv pada tahun 2019 (kiri) dan sekarang (kanan)

Setakat 17 Mei 2022, angka-angka berikut telah diperoleh berdasarkan laporan yang disahkan oleh saudara-saudara di Ukraine. Namun, angka sebenar mungkin lebih tinggi kerana adalah susah untuk menghubungi saudara saudari di seluruh Ukraine secara kerap.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • 37 penyiar meninggal

  • 74 penyiar tercedera

  • 45,253 penyiar melarikan diri dari rumah ke tempat yang lebih selamat

  • 418 rumah musnah

  • 466 rumah alami kerosakan besar

  • 1,213 rumah alami kerosakan kecil

  • 4 Dewan Perjumpaan musnah

  • 8 Dewan Perjumpaan alami kerosakan teruk

  • 33 Dewan Perjumpaan alami sedikit kerosakan

Bantuan yang Dihulurkan

  • 27 Jawatankuasa Bantuan Bencana (DRC) sedang beroperasi di Ukraine

  • 48,806 penyiar dibantu secara langsung oleh DRC untuk mencari tempat tinggal yang lebih selamat

  • 21,786 penyiar melarikan diri ke negara lain dan dibantu oleh saudara saudari Kristian