Lompat ke kandungan

Laman Saksi-Saksi Yehuwa, watchtower.org mula tersedia 25 tahun dahulu. JW.ORG tersedia pada 2012 dan merupakan laman web yang paling banyak diterjemah di dunia

17 OGOS 2022
BERITA GLOBAL

Berita Baik dalam Internet

Ulang Tahun Ke-25 Laman Web Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa

Berita Baik dalam Internet

Saksi-Saksi Yehuwa mempunyai laman web rasmi dalam Internet selama 25 tahun. Sebuah rencana Pelayanan Kerajaan Kita, bulan November 1997 dalam bahasa Indonesia, memperkenalkan laman web baharu iaitu watchtower.org. Rencana itu menjelaskan bahawa organisasi kita telah menyediakan beberapa maklumat tepat dalam Internet tentang kepercayaan dan kegiatan Saksi-Saksi Yehuwa. Tujuan laman Web kita adalah untuk menyediakan maklumat kepada orang umum dalam bentuk elektronik dan bukannya untuk pengeluaran bahan bacaan baharu.

Sejak itu, orang umum boleh muat turun sesetengah risalah, brosur, serta rencana Menara Pengawal dan Sedarlah! daripada watchtower.org. Pada 15 Januari 1997, laman web watchtower.org tersedia untuk umum. Kemudian, jw-media.org juga tersedia pada 1999. Ia menyediakan maklumat yang tepat kepada media tentang kegiatan terkini Saksi-Saksi Yehuwa, termasuk perkembangan perundangan serta kegiatan lain dalam organisasi kita.

Pada 2005, laman jw.org tersedia dan kemudian mula digunakan untuk muat turun bahan bacaan dan rakaman audio tertentu.

Pada Ogos 2012, ketiga-tiga laman web tersebut digabungkan dalam laman Web jw.org. yang mempunyai reka bentuk baharu. Berkenaan laman web yang dikemaskinikan, Kerja Teokratik Kita, bulan Disember 2012 menyatakan, “Hampir satu per tiga penduduk bumi menggunakan Internet. Internet ialah sumber maklumat utama, khasnya bagi kaum muda. . . . Berita baik juga dapat sampai ke kawasan yang mana penduduknya jarang mendengar mesej Kerajaan Tuhan.”

Kandungan tambahan tersedia dalam jw.org, termasuk bahan bertulis, audio, dan video. Bahan tersedia untuk dimuat turun dalam 411 bahasa. Kira-kira tujuh tahun selepas reka bentuk baharu pada 2012, bahan dalam jw.org telah dihasilkan dalam 1,000 bahasa, termasuk 100 bahasa isyarat. Ini merupakan laman web pertama yang mengandungi maklumat dalam begitu banyak bahasa.

JW.ORG menjadi alat yang sangat bernilai terutamanya semasa pandemik COVID-19 bermula. Semakin ramai orang mengunjungi laman web ini kerana perjumpaan sidang secara bersemuka dihentikan. Tambahan pula, semakin susah untuk cetak serta edarkan bahan bacaan pada masa itu. Pada hari Peringatan Kematian Yesus, lebih daripada tujuh juta alat elektronik mengunjungi laman ini. Angka ini merupakan yang tertinggi pada 7 April 2020. Pada 2020, terdapat lebih daripada satu bilion alat elektronik mengunjungi jw.org berbanding dengan 800 juta pada 2019. Sejak January 2022, setiap hari laman ini dikunjungi tiga juta alat elektronik secara purata.

Maklumat yang tepat dalam jw.org telah bantu orang untuk atasi prasangka tentang Saksi-Saksi Yehuwa. Contohnya, Tenesha Gordon kata, “Saya suka betapa senangnya untuk cari maklumat tentang Saksi, seperti siapa mereka, apa kepercayaan mereka, dan apa asas kepercayaan mereka. Ini bantu saya betulkan pandangan yang salah terhadap mereka.”

Tenesha dibaptis pada 2017. Kini dia bekerja sebagai pekhidmat ulang-alik Bethel di Jamaica.

Maklumat yang tepat dalam jw.org bantu Tenesha belajar Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa

Saudara Clive Martin, penyelia bahagian yang menyelenggara laman web kata, “Saya rasa sangat puas hati melihat cara Yehuwa guna jw.org untuk capai begitu banyak orang daripada pelbagai latar belakang di seluruh pelosok dunia dengan berita baik Kerajaan Tuhan.”

Kita bersyukur kepada Yehuwa untuk laman jw.org yang terus bantu kita buat kerja menginjil, memaklumkan kita tentang perkembangan organisasi, dan menyatukan seluruh persaudaraan Kristian sedunia. Semuanya dilakukan demi memuji Yehuwa.—Mazmur 145:1, 2.