Lompat ke kandungan

5 OGOS 2022
FILIPINA

Gempa Bumi Menggegarkan Utara Filipina

Gempa Bumi Menggegarkan Utara Filipina

Pada 27 Julai 2022, gempa bumi berskala 7.0 menggegarkan pulau Luzon di Filipina. Wilayah Abra paling terkesan oleh gempa bumi tersebut. Gegaran dapat dirasai sehingga ke Manila, sejauh kira-kira 400 kilometer. Lebih 2,000 gegaran susulan direkodkan.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • Tiada saudara saudari kita yang terbunuh

  • 4 penyiar mengalami kecederaan ringan

  • 42 keluarga terpaksa berpindah

  • 63 rumah mengalami kerosakan kecil

  • 1 rumah mengalami kerosakan besar

  • 13 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan

Bantuan yang Dihulurkan

  • 1 Jawatankuasa Bantuan Bencana dilantik untuk menyelia bantuan kemanusiaan

  • Penatua tempatan menggalakkan mereka yang terkesan

  • Semua bantuan diberikan mengikut langkah-langkah keselamatan COVID-19

Pejabat cawangan segera hantar bekalan bantuan kepada saudara saudari kita di kawasan yang terlibat serta mengatur tempat tinggal sementara bagi mereka. Para penyiar tempatan bantu satu sama lain meskipun mereka sendiri ialah mangsa gempa bumi itu.

Kita yakin sepenuhnya bahawa Yehuwa akan menyelamatkan saudara saudari kita “pada masa kesusahan” ini.—Mazmur 50:15.