Belajar daripada Cerita-Cerita Bible

Buku ini membentangkan kisah Bible, bermula dari kisah penciptaan, termasuk kelahiran Yesus dan kerja penyebarannya, sehingga kedatangan Kerajaan Tuhan.

Sepucuk Surat daripada Badan Pimpinan

Apakah cara untuk menggunakan buku ini?

CERITA 1

Tuhan Menciptakan Langit dan Bumi

Bible menyatakan bahawa Tuhan menciptakan langit dan bumi. Mengapakah Dia menciptakan satu malaikat sebelum Dia menciptakan benda-benda lain?

CERITA 2

Tuhan Menciptakan Lelaki dan Perempuan yang Pertama

Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan yang pertama dan meletakkan mereka di Taman Eden. Dia ingin mereka mempunyai anak cucu dan menjadikan bumi sebuah firdaus.

CERITA 3

Adam dan Hawa Tidak Mentaati Tuhan

Apakah perkara yang istimewa tentang salah satu pokok di Taman Eden? Mengapakah Hawa memakan buah daripada pokok itu?

CERITA 4

Kemarahan Membawa Padah

Tuhan menerima korban Habel, tetapi Dia menolak korban Kain. Apabila Kain mengetahui tentang hal ini, dia marah dan melakukan hal yang jahat.

CERITA 5

Bahtera Nuh

Apabila malaikat yang jahat mengahwini wanita di bumi, anak-anak mereka menjadi gergasi yang suka menindas orang. Kejahatan berlaku di merata tempat. Tetapi Nuh berbeza kerana dia mengasihi dan mentaati Tuhan.

CERITA 6

Lapan Orang Terselamat

Hujan turun selama 40 hari dan 40 malam. Nuh dan keluarganya berada di dalam bahtera selama lebih daripada setahun. Akhirnya, Yehuwa menyuruh mereka untuk keluar.

CERITA 7

Menara Babel

Manusia ingin membina kota dan menara yang puncaknya mencapai langit. Mengapakah Tuhan menyebabkan mereka bercakap dalam bahasa-bahasa yang berlainan?

CERITA 8

Abraham dan Sara Mendengar Cakap Tuhan

Mengapakah Abraham dan Sara sanggup meninggalkan kehidupan yang selesa di kota Ur dan hidup sebagai pengembara di tanah Kanaan?

CERITA 9

Seorang Anak Lelaki Dilahirkan!

Bagaimanakah Yehuwa akan menunaikan janji-Nya kepada Abraham? Siapakah yang terlibat dalam janji ini, Ishak atau Ismael?

CERITA 10

Ingatlah Isteri Lot

Tuhan menurunkan hujan belerang dan api ke atas kota Sodom dan Gomora. Mengapakah kota-kota itu dimusnahkan? Mengapakah kita harus ingat akan isteri Lot?

CERITA 11

Iman Abraham Diuji

Tuhan berfirman kepada Abraham, “Bawalah Ishak, anak tunggalmu, ke Moria.” Perintah ini menguji iman Abraham. Apakah yang akan dilakukannya?

CERITA 12

Yakub Menerima Warisan Keluarga

Ishak dan Ribka mempunyai anak kembar yang bernama Esau dan Yakub. Sebagai anak sulung, Esau berhak mendapat warisan yang istimewa. Mengapakah dia menyerahkan haknya itu demi semangkuk bubur?

CERITA 13

Yakub dan Esau Berdamai

Apakah yang dilakukan Yakub untuk mendapatkan berkat daripada satu malaikat? Bagaimanakah dia berdamai dengan Esau?

CERITA 14

Hamba yang Mendengar Cakap Tuhan

Walaupun Yusuf melakukan apa yang betul, dia masih menghadapi banyak masalah. Mengapa?

CERITA 15

Yehuwa Tidak Pernah Melupakan Yusuf

Walaupun Yusuf jauh daripada keluarganya, Yehuwa sentiasa bersamanya.

CERITA 16

Siapakah Ayub?

Ayub mentaati Yehuwa walaupun susah.

CERITA 17

Musa Memilih untuk Menyembah Yehuwa

Semasa masih bayi, Musa terselamat kerana rancangan ibunya yang bijak.

CERITA 18

Pokok yang Bernyala

Mengapakah pokok itu tidak terbakar?

CERITA 19

Tiga Tulah yang Pertama

Firaun menyebabkan rakyatnya dilanda bencana kerana dia sombong dan enggan mendengar perintah Tuhan.

CERITA 20

Enam Tulah yang Seterusnya

Apakah perbezaan tulah-tulah ini daripada tiga tulah yang pertama?

CERITA 21

Tulah yang Terakhir

Tulah ini begitu teruk sehingga Firaun yang sombong akhirnya mengalah dan membebaskan orang Israel.

CERITA 22

Mukjizat di Laut Merah

Firaun selamat mengharungi 10 tulah, tetapi dapatkah dia terlindung daripada mukjizat Tuhan kali ini?

CERITA 23

Janji Orang Israel kepada Yehuwa

Umat Israel telah membuat suatu janji kepada Yehuwa semasa di Gunung Sinai.

CERITA 24

Mereka Mungkir Janji

Orang Israel telah berdosa terhadap Tuhan semasa Musa berada di atas gunung untuk mendapatkan Sepuluh Hukum daripada Yehuwa.

CERITA 25

Khemah Suci untuk Menyembah Tuhan

Tabut perjanjian terletak di dalam khemah yang istimewa ini.

CERITA 26

Dua Belas Orang Pengintip

Yosua dan Kaleb sangat berbeza daripada 10 orang pengintip lain yang pergi ke negeri Kanaan.

CERITA 27

Mereka Memberontak terhadap Yehuwa

Korah, Datan, Abiram, dan 250 orang yang lain gagal untuk memahami sesuatu hal yang penting tentang Yehuwa.

CERITA 28

Keldai Bileam Bercakap

Keldai Bileam dapat melihat malaikat yang tidak dapat dilihat oleh Bileam.

CERITA 29

Yehuwa Memilih Yosua

Perintah yang diberikan Tuhan kepada Yosua dapat membantu kita juga pada hari ini.

CERITA 30

Rahab Menyembunyikan Pengintip-Pengintip

Rumah Rahab tidak dimusnahkan apabila tembok Yerikho roboh.

CERITA 31

Yosua dan Orang Gibeon

Yosua berdoa kepada Yehuwa, “Matahari, berhentilah bergerak!” Adakah Tuhan mendengar doanya?

CERITA 32

Seorang Pemimpin Baharu dan Dua Wanita yang Berani

Selepas Yosua meninggal, orang Israel mula menyembah berhala. Mereka hidup susah, tetapi Yehuwa memberikan bantuan melalui Hakim Barak, seorang nabi wanita yang bernama Debora, serta Yael dan pasaknya!

CERITA 33

Rut dan Naomi

Dua wanita yang kematian suami membuat perjalanan untuk pulang ke Israel. Salah seorangnya ialah Rut. Semasa bekerja di ladang, Boaz mula memperhatikannya.

CERITA 34

Gideon Mengalahkan Orang Midian

Orang Midian menyebabkan orang Israel menderita. Maka mereka pun mohon bantuan daripada Yehuwa. Bagaimanakah askar Gideon yang kecil bilangannya dapat mengalahkan 135,000 askar Midian?

CERITA 35

Hana Berdoa untuk Mendapat Seorang Anak

Elkana membawa Hana, Penina, dan anak-anaknya ke khemah suci di Silo untuk beribadat. Di sana, Hana berdoa untuk seorang anak. Pada tahun seterusnya, Samuel dilahirkan!

CERITA 36

Janji Yefta

Apakah janji yang dibuat oleh Yefta, dan mengapa? Apakah perasaan anak perempuan Yefta terhadap janji ayahnya?

CERITA 37

Yehuwa Bercakap kepada Samuel

Dua orang anak lelaki Imam Agung Eli berkhidmat sebagai imam di khemah suci. Tetapi mereka tidak mentaati Tuhan. Samuel tidak seperti mereka. Pada suatu malam, Yehuwa bercakap kepada Samuel.

CERITA 38

Yehuwa Menjadikan Simson Kuat

Tuhan menjadikan Simson sangat kuat supaya dia dapat melawan orang Filistin. Tetapi, Simson melakukan sesuatu yang kurang bijak yang menyebabkannya ditangkap oleh orang Filistin.

CERITA 39

Raja yang Pertama di Israel

Tuhan melantik para hakim untuk memimpin orang Israel, tetapi mereka menginginkan seorang raja. Samuel melantik Saul sebagai raja yang pertama, namun Yehuwa kemudian menolak Saul. Mengapa?

CERITA 40

Daud dan Goliat

Yehuwa memilih Daud sebagai raja Israel yang seterusnya. Daud membuktikan bahawa dia merupakan pilihan yang tepat.

CERITA 41

Daud dan Saul

Mengapakah Saul membenci Daud? Biarpun begitu, bagaimanakah Daud melayani Saul?

CERITA 42

Yonatan ialah Lelaki yang Setia dan Berani

Anak Raja Saul menjadi kawan baik Daud.

CERITA 43

Dosa Raja Daud

Satu keputusan yang buruk telah membawa banyak masalah.

CERITA 44

Sebuah Rumah untuk Yehuwa

Tuhan menunaikan permintaan Raja Salomo dan memberkatinya.

CERITA 45

Kerajaan Israel Dibahagikan

Ramai orang Israel berhenti menyembah Yehuwa.

CERITA 46

Ujian di Gunung Karmel

Siapakah Tuhan yang benar? Yehuwa atau Baal?

CERITA 47

Yehuwa Menguatkan Elia

Dapatkah Yehuwa menguatkan anda?

CERITA 48

Anak Lelaki Seorang Balu Hidup Semula

Dua mukjizat berlaku di dalam sebuah rumah!

CERITA 49

Seorang Permaisuri Jahat Dihukum

Izebel merancang untuk membunuh seorang lelaki Israel yang bernama Nabot untuk mendapatkan ladang anggurnya! Namun Yehuwa dapat melihat perbuatan Izebel yang jahat.

CERITA 50

Yehuwa Membantu Yehosafat

Raja Yehosafat ialah raja yang baik. Dia berdoa memohon bantuan Yehuwa apabila Yehuda diancam oleh para musuh.

CERITA 51

Pahlawan Siria dan Gadis Israel

Seorang gadis Israel memberitahu majikan perempuannya tentang kuasa Yehuwa. Hasilnya, suatu hal yang menakjubkan berlaku.

CERITA 52

Tentera Yehuwa yang Berapi

Bagaimanakah pembantu Elisa mengetahui bahawa ‘yang menyertai mereka lebih banyak daripada yang menyertai para musuh’?

CERITA 53

Keberanian Yehoyada

Seorang imam yang setia berani melawan permaisuri yang jahat.

CERITA 54

Yehuwa Menunjukkan Kesabaran terhadap Yunus

Mengapakah salah seorang nabi Tuhan ditelan oleh seekor ikan besar? Bagaimanakah dia melepaskan diri? Apakah pengajaran yang diberikan oleh Yehuwa kepada nabi itu?

CERITA 55

Malaikat Yehuwa Melindungi Hizkia

Musuh-musuh orang Yehuda berkata bahawa Yehuwa tidak akan melindungi umat-Nya. Tetapi, mereka terbukti salah!

CERITA 56

Yosia Mencintai Hukum Tuhan

Yosia menjadi raja semasa dia berumur lapan tahun. Dia membantu rakyatnya untuk menyembah Yehuwa semula.

CERITA 57

Yehuwa Mengutus Yeremia untuk Menginjil

Kata-kata Yeremia menyebabkan para pemimpin Yehuda menjadi sangat marah.

CERITA 58

Yerusalem Dimusnahkan

Orang Yehuda asyik menyembah tuhan-tuhan palsu. Jadi Yehuwa pun meninggalkan mereka.

CERITA 59

Empat Pemuda yang Mentaati Yehuwa

Pemuda-pemuda dari Yehuda bertekad untuk tetap setia kepada Yehuwa, biarpun mereka berada di istana Babilon.

CERITA 60

Kerajaan yang Akan Kekal Selama-lamanya

Daniel menjelaskan erti mimpi Nebukadnezar kepadanya.

CERITA 61

Mereka Enggan Bersujud

Sadrakh, Mesakh, dan Abednego enggan menyembah patung emas yang didirikan oleh raja Babilon.

CERITA 62

Sebuah Kerajaan yang bagaikan Pokok yang Besar

Mimpi Nebukadnezar adalah mengenai masa depannya!

CERITA 63

Tulisan pada Dinding

Bilakah tulisan misteri ini muncul dan apakah maksudnya?

CERITA 64

Daniel Dibuang Ke Dalam Gua Singa

Seperti Daniel, berdoalah kepada Yehuwa setiap hari!

CERITA 65

Ester Menyelamatkan Bangsanya

Ester merupakan anak yatim piatu. Meskipun Ester ialah orang asing, dia dipilih sebagai permaisuri.

CERITA 66

Ezra Mengajarkan Hukum Tuhan

Selepas orang Israel mendengar kata-kata Ezra, mereka membuat satu perjanjian dengan Tuhan.

CERITA 67

Tembok Yerusalem

Nehemia mengetahui rancangan musuh untuk menyerang mereka. Mengapakah dia tidak berasa takut?

CERITA 68

Elisabet Melahirkan Seorang Anak Lelaki

Mengapakah suami Elisabet tidak dapat berkata-kata sehingga selepas anak mereka dilahirkan?

CERITA 69

Gabriel Melawat Maria

Dia menyampaikan berita yang telah mengubah kehidupan Maria.

CERITA 70

Malaikat Mengumumkan Kelahiran Yesus

Selepas mendengar berita daripada para malaikat, para gembala bertindak dengan segera.

CERITA 71

Yehuwa Melindungi Yesus

Seorang raja yang jahat ingin membunuh Yesus.

CERITA 72

Yesus yang Masih Muda

Mengapakah guru-guru agama di Rumah Tuhan berasa kagum terhadap Yesus?

CERITA 73

Yohanes Mempersiapkan Orang untuk Kedatangan Mesias

Selepas dewasa, Yohanes menjadi nabi dan mengajar orang tentang kedatangan Mesias. Apakah reaksi orang selepas mendengar ajarannya?

CERITA 74

Yesus Menjadi Mesias

Apakah maksud Yohanes apabila dia memanggil Yesus sebagai Anak Bebiri Tuhan?

CERITA 75

Si Iblis Menguji Yesus

Si Iblis menggoda Yesus sebanyak tiga kali. Apakah tiga cara Syaitan cuba menggoda Yesus? Bagaimanakah Yesus menjawab Si Iblis?

CERITA 76

Yesus Membersihkan Rumah Tuhan

Mengapakah Yesus menghalau binatang-binatang dari Rumah Tuhan, serta menterbalikkan meja para penukar wang?

CERITA 77

Wanita di Perigi

Mengapakah wanita Samaria di perigi Yakub terkejut apabila Yesus bercakap dengannya? Yesus memberitahunya sesuatu yang belum pernah diberitahu kepada orang lain. Apakah yang dikatakan Yesus?

CERITA 78

Yesus Menyebarkan Berita Kerajaan Tuhan

Yesus menjemput beberapa orang pengikutnya untuk menjadi “penjala manusia.” Kemudian, dia melatih 70 orang pengikutnya untuk menginjil tentang berita baik.

CERITA 79

Yesus Melakukan Banyak Mukjizat

Ke mana sahaja Yesus pergi, orang yang sakit akan mencarinya, dan dia menyembuhkan mereka. Dia bahkan membangkitkan seorang gadis kecil.

CERITA 80

Yesus Memilih Dua Belas Orang Rasul

Mengapakah Yesus memilih beberapa orang pengikut sebagai rasulnya? Ingatkah adik siapa nama mereka?

CERITA 81

Ceramah Di Atas Gunung

Yesus menyampaikan pengajaran yang penting kepada orang ramai.

CERITA 82

Yesus Mengajar Muridnya Cara untuk Berdoa

Apakah perkara yang perlu terus didoakan oleh pengikut Yesus?

CERITA 83

Yesus Memberi Banyak Orang Makanan

Melalui mukjizat ini, apakah yang kita pelajari tentang Yesus dan Yehuwa?

CERITA 84

Yesus Berjalan Di Atas Air

Dapatkah anda bayangkan perasaan para rasul semasa melihat mukjizat itu?

CERITA 85

Yesus Menyembuhkan Orang pada Hari Sabat

Mengapakah sesetengah orang tidak senang hati dengan perbuatannya?

CERITA 86

Yesus Membangkitkan Lazarus

Apabila Yesus melihat Maria menangis, dia juga mula menangis. Tetapi, sesuatu telah berlaku yang menyebabkan mereka bersukacita.

CERITA 87

Perjamuan Yesus yang Terakhir

Yesus memberikan perintah penting semasa perjamuannya yang terakhir dengan para rasul.

CERITA 88

Yesus Ditangkap

Yudas datang ke Taman Getsemani bersama sekumpulan orang yang membawa senjata untuk menangkap Yesus.

CERITA 89

Petrus Berpura-pura Tidak Mengenal Yesus

Apakah yang berlaku di halaman rumah Kayafas? Apakah yang berlaku kepada Yesus di dalam rumah Kayafas?

CERITA 90

Yesus Meninggal di Golgota

Mengapakah Pilatus mengizinkan agar Yesus dihukum bunuh?

CERITA 91

Yesus Dibangkitkan

Apakah perkara menakjubkan yang telah berlaku selepas kematian Yesus?

CERITA 92

Yesus Menampakkan Diri kepada Para Nelayan

Apakah yang dilakukan Yesus untuk menarik perhatian mereka?

CERITA 93

Yesus Kembali ke Syurga

Sebelum naik ke syurga, dia memberikan satu perintah yang penting kepada pengikutnya.

CERITA 94

Para Rasul Menerima Kuasa Suci Tuhan

Melalui kuasa suci Tuhan, apakah mukjizat yang dapat dilakukan oleh pengikut Yesus?

CERITA 95

Tiada Apa-Apa yang Dapat Menghalang Mereka

Para pemimpin agama telah membunuh Yesus. Sekarang, mereka cuba menghalang pengikut Yesus daripada menginjil. Tetapi rancangan mereka telah gagal.

CERITA 96

Yesus Memilih Saulus

Saulus membenci orang Kristian dan selalu menganiaya mereka. Tetapi sikapnya berubah selepas suatu kejadian menimpanya.

CERITA 97

Kornelius Menerima Kuasa Suci Tuhan

Mengapakah Tuhan menyuruh Petrus pergi ke rumah seorang lelaki yang bukan berbangsa Yahudi?

CERITA 98

Ajaran Kristian Tersebar ke Banyak Tempat

Rasul Paulus dan rakan-rakannya mula menginjil di kawasan yang jauh.

CERITA 99

Seorang Pengawal Penjara Menerima Kebenaran

Dalam cerita ini, kita akan membaca tentang roh jahat, gempa bumi, dan pedang.

CERITA 100

Paulus dan Timotius

Mereka ialah sahabat yang karib dan mereka berkhidmat kepada Yehuwa selama bertahun-tahun.

CERITA 101

Paulus Dihantar ke Roma

Biarpun menghadapi pelbagai bahaya, tiada apa-apa yang dapat mematahkan semangat rasul ini.

CERITA 102

Penglihatan yang Diterima oleh Yohanes

Yesus menunjukkan gambaran tentang masa depan kepadanya.

CERITA 103

“Datanglah Kerajaan-Mu”

Penglihatan yang diberikan kepada Yohanes menunjukkan perubahan di bumi yang akan dibawa oleh Kerajaan Tuhan.