Video-Video Pengenalan kepada Buku Bible

Fakta-fakta asas untuk setiap buku Bible.

Pengenalan kepada Bible

Perhatikan bagaimana setiap buku menyokong tema Bible, iaitu penyucian nama Yehuwa yang akan dilaksanakan melalui Kerajaan Tuhan dan Rajanya Yesus Kristus.

Pengenalan kepada Buku Kejadian

Buku Kejadian memberitahu kita tentang asal usul manusia dan punca penderitaan dan kematian.

Pengenalan kepada Buku Keluaran

Yehuwa menyelamatkan orang Israel daripada perhambaan di Mesir dan menjadikan mereka umat-Nya.

Pengenalan kepada Buku Imamat

Buku Imamat menjelaskan bahawa Tuhan itu suci. Ketahuilah mengapa penting bagi kita untuk hidup suci.

Pengenalan kepada Buku Bilangan

Ketahuilah pentingnya mentaati Yehuwa dan menunjukkan hormat kepada mereka yang mengambil pimpinan.

Pengenalan kepada Buku Ulangan

Lihatlah bagaimana Hukum Yehuwa mencerminkan kasih-Nya kepada orang Israel.

Pengenalan kepada Buku Yosua

Lihat bagaimana bangsa Israel menakluki dan membahagikan Tanah yang Dijanjikan.

Pengenalan kepada Buku Hakim-Hakim

Buku in menceritakan para lelaki yang berani dan beriman yang digunakan oleh Tuhan untuk membebaskan orang Israel daripada penindasan.

Pengenalan kepada Buku Rut

Buku Rut mengisahkan kasih dan pengorbanan seorang balu untuk menjaga ibu mentuanya, yang juga seorang balu, dan bagaimana Yehuwa memberkati mereka.

Pengenalan kepada Buku 1 Samuel

Lihatlah bagaimana Yehuwa tidak lagi menggunakan hakim-hakim, sebaliknya mengizinkan raja-raja untuk memerintah orang Israel.

Pengenalan kepada Buku 2 Samuel

Daud ialah watak Bible yang dikasihi dan dikenali ramai kerana dia rendah hati dan beriman kepada Tuhan. Belajarlah lebih lanjut tentang kisah hidupnya.

Pengenalan kepada Buku 1 Raja-Raja

Ikutilah perkembangan kerajaan Israel bermula dari zaman kegemilangannya di bawah pemerintahan Salomo sehingga zaman pergolakan timbul dan kerajaan Israel terbahagi dua.

Pengenalan kepada Buku 2 Raja-Raja

Lihat bagaimana bangsa Israel terjerumus dalam ibadat palsu dan bagaimana Yehuwa memberkati mereka yang masih setia kepada-Nya.

Pengenalan kepada Buku 1 Tawarikh

Belajar tentang salasilah Daud, dan peristiwa hidupnya sejak dia menjadi raja Israel sehingga kematiannya.

Pengenalan kepada Buku 2 Tawarikh

Lihat sejarah raja-raja Yehuda dan belajar pentingnya kesetiaan kepada Tuhan.

Pengenalan kepada Buku Ezra

Yehuwa menepati janji-Nya untuk membebaskan umat-Nya dari Babilon dan memulihkan ibadat sejati di Yerusalem.

Pengenalan kepada Buku Nehemia

Buku Nehemia mengandungi pengajaran penting bagi umat Tuhan hari ini.

Pengenalan kepada Buku Ester

Peristiwa pada zaman Ester akan membantu anda lebih yakin bahawa Tuhan Yehuwa dapat melindungi umat-Nya pada hari ini.

Pengenalan kepada Buku Ayub

Orang yang mengasihi Yehuwa pasti akan menghadapi cubaan. Kisah Ayub meyakinkan kita bahawa kita dapat tetap setia kepada Yehuwa dan menjunjung kedaulatan-Nya.

Pengenalan kepada Buku Mazmur

Buku Mazmur menjunjung kedaulatan Yehuwa, membantu serta melegakan orang yang mengasihi-Nya, dan menunjukkan bagaimana Kerajaan-Nya akan menjadikan bumi ini sebuah Firdaus.

Pengenalan kepada Buku Amsal

Dapatkanlah bimbingan daripada Tuhan. Nasihat-Nya dapat membantu kehidupan anda, termasuk dalam hal perniagaan, keluarga, dan sebagainya.

Pengenalan kepada Buku Pengkhutbah

Buku Pengkhutbah menegaskan perkara yang benar-benar bermakna dalam kehidupan kita, dan membandingkannya dengan hal-hal yang bercanggahan dengan prinsip Tuhan.

Pengenalan kepada Buku Kidung Agung

Cinta sejati gadis Sulam terhadap kekasihnya, yang merupakan seorang gembala, digambarkan sebagai “nyala api Yah.” Mengapa?

Pengenalan kepada Buku Yesaya

Buku Yesaya mencatatkan nubuat yang dapat dipercayai. Nubuat-nubuat ini akan meyakinkan anda bahawa Yehuwa sentiasa menunaikan janji-Nya dan menyelamatkan umat-Nya.

Pengenalan kepada Buku Yeremia

Yeremia tetap berkhidmat dengan setia walaupun ditentang. Fikirkan bagaimana teladannya dapat membantu orang Kristian pada hari ini.

Pengenalan kepada Buku Ratapan

Buku Ratapan ditulis oleh Nabi Yeremia dan menggambarkan kesedihan atas kemusnahan Yerusalem dan bagaimana pertaubatan mengundang belas kasihan Tuhan.

Pengenalan kepada Buku Yehezkiel

Tidak kira betapa susahnya tugasan yang diberikan oleh Tuhan, Yehezkiel menunjukkan kerendahan hati dan melaksanakannya dengan berani. Teladannya amat bermanfaat bagi kita hari ini.

Pengenalan kepada Buku Daniel

Daniel dan sahabatnya tetap setia kepada Yehuwa biarpun ditentang. Teladan mereka serta nubuat-nubuat yang telah menjadi kenyataan dapat membantu kita yang hidup pada hari-hari terakhir ini.

Pengenalan kepada Buku Hosea

Nubuat Hosea mengajar kita tentang ibadat yang diterima Yehuwa dan belas kasihan yang ditunjukkan oleh Yehuwa terhadap orang yang bertaubat.

Pengenalan kepada Buku Yoel

Nabi Yoel menubuatkan hari Yehuwa yang bakal tiba dan menjelaskan cara untuk mengharunginya. Nubuat ini amat penting bagi kita hari ini.

Pengenalan kepada Buku Amos

Yehuwa menggunakan lelaki yang rendah hati ini untuk melaksanakan tugas yang berat. Apakah yang dapat kita pelajari daripada Amos?

Pengenalan kepada Buku Obaja

Obaja ialah buku yang terpendek dalam Kitab Ibrani. Buku ini memberikan harapan dan menjanjikan bahawa kedaulatan Yehuwa akan dijunjung.

Pengenalan kepada Buku Yunus

Nabi Yunus sudi menerima teguran, melaksanakan tugasannya, dan mempelajari tentang erti kasih setia dan belas kasihan. Pengalamannya pasti menyentuh hati anda.

Pengenalan kepada Buku Mikha

Nubuat yang diilhamkan ini dapat menguatkan keyakinan kita bahawa Yehuwa hanya meminta kita melakukan apa yang munasabah dan bermanfaat.

Pengenalan kepada Buku Nahum

Nubuat tersebut memberikan kita keyakinan bahwa Yehuwa selalu menepati kata-kata-Nya dan memberikan kelegaan kepada orang yang mencari kedamaian dan penyelamatan daripada Kerajaan-Nya.

Pengenalan kepada Buku Habakuk

Kita boleh yakin bahawa Yehuwa pasti mengetahui waktu dan cara yang paling baik untuk menyelamatkan umat-Nya.

Pengenalan kepada Buku Zefanya

Mengapakah kita harus berjaga-jaga dan tidak berfikir bahawa hari Yehuwa akan ditangguhkan?

Pengenalan kepada Buku Hagai

Buku ini menegaskan pentingnya untuk mengutamakan ibadat kepada Tuhan dan bukannya keinginan sendiri.

Pengenalan kepada Buku Zakharia

Umat Tuhan diteguhkan melalui penglihatan dan nubuat daripada Tuhan. Nubuat-nubuat itu juga meyakinkan kita tentang sokongan Yehuwa hari ini.

Pengenalan kepada Buku Maleakhi

Buku ini mengandungi nubuat tentang belas kasihan, kasih, dan prinsip Yehuwa yang tidak berubah. Buku ini juga mengandungi pengajaran yang dapat diterapkan pada hari ini.

Pengenalan kepada Buku Matius

Pelajarilah fakta-fakta asas tentang buku Matius, buku pertama dalam empat buku Bible tentang kehidupan dan kegiatan Yesus di bumi.

Pengenalan kepada Buku Markus

Buku Markus menggambarkan pemerintahan Yesus pada masa depan sebagai Raja Kerajaan Tuhan.

Pengenalan kepada Buku Lukas

Apakah maklumat yang hanya terdapat dalam buku Lukas?

Pengenalan kepada Buku Yohanes

Catatan Yohanes menekankan kasih Yesus terhadap manusia, teladannya mengenai kerendahan hati, dan identitinya sebagai Mesias, bakal Raja Kerajaan Tuhan.

Pengenalan kepada Buku Kisah Para Rasul

Orang Kristian masa awal berusaha untuk menginjil kepada orang daripada pelbagai bangsa. Buku Kisah dapat membangkitkan semangat anda terhadap kerja penyebaran.

Pengenalan kepada Buku Roma

Surat ini menunjukkan bahawa Tuhan tidak berat sebelah dan pentingnya beriman kepada Yesus.

Pengenalan kepada Buku 1 Korintus

Surat Paulus mengandungi nasihat Tuhan tentang perpaduan, kebersihan moral, sifat kasih, dan kepercayaan tentang pembangkitan.

Pengenalan kepada Buku 2 Korintus

Yehuwa, “Tuhan yang berbelas kasihan,” akan membantu dan menguatkan umat-Nya.

Pengenalan kepada Buku Galatia

Surat Paulus kepada sidang di Galatia juga bermanfaat bagi kita hari ini. Surat ini dapat membantu orang Kristian sejati untuk tetap setia.

Pengenalan kepada Buku Efesus

Surat yang diilhami ini menjelaskan tujuan Tuhan untuk membawa kedamaian dan perpaduan melalui Yesus Kristus.

Pengenalan kepada Buku Filipi

Jika kita tetap setia semasa dicubai, kita dapat menggalakkan orang lain agar tetap teguh.

Pengenalan kepada Buku Kolose

Kita dapat menggembirakan Yehuwa dengan mengamalkan apa yang dipelajari, saling mengampuni dengan rela hati, dan dengan mengakui kedudukan dan kuasa Yesus.

Pengenalan kepada Buku 1 Tesalonika

Kita perlu berjaga-jaga secara rohani, ‘memeriksa semua perkara,’ sentiasa berdoa, dan menggalakkan satu sama lain.

Pengenalan kepada Buku 2 Tesalonika

Paulus membantu orang Kristian di Tesalonika untuk sedar bahawa hari Yehuwa belum tiba, dan dia menggalakkan mereka untuk mempunyai iman yang kuat.

Pengenalan kepada Buku 1 Timotius

Paulus menulis buku 1 Timotius. Dia mencatatkan aturan organisasi bagi sidang dan memberikan amaran tentang ajaran palsu dan cinta akan wang.

Pengenalan kepada Buku 2 Timotius

Paulus menggalakkan Timotius untuk melaksanakan tugasnya dengan sepenuhnya.

Pengenalan kepada Buku Titus

Surat Paulus kepada Titus menyebut tentang masalah yang berlaku di sidang Kreta dan syarat kelayakan bagi seorang penatua.

Pengenalan kepada Buku Filemon

Meskipun ringkas, surat ini mengandungi pengajaran tentang pentingnya kerendahan hati, kebaikan hati, dan suka mengampuni.

Pengenalan kepada Buku Ibrani

Aturan ibadat Kristian adalah jauh lebih unggul daripada tempat beribadat yang wujud di bumi dan korban binatang.

Pengenalan kepada Buku Yakobus

Yakobus menggunakan perumpamaan yang jelas untuk menjelaskan prinsip yang penting.

Pengenalan kepada Buku 1 Petrus

Surat Petrus yang pertama menggalakkan kita untuk giat melakukan kerja dan melemparkan kekhuatiran kita kepada Tuhan.

Pengenalan kepada Buku 2 Petrus

Surat Petrus yang kedua menggalakkan kita untuk tetap setia seraya kita menantikan bumi baharu dan langit baharu.

Pengenalan kepada Buku 1 Yohanes

Surat Yohanes memberikan amaran mengenai anti-Kristus dan membantu kita mengetahui apa yang harus kita kasihi dan benci.

Pengenalan kepada Buku 2 Yohanes

Surat Yohanes yang kedua mengingatkan kita supaya terus berjalan dalam kebenaran dan berhati-hati terhadap penipu.

Pengenalan kepada Buku 3 Yohanes

Surat Yohanes yang ketiga mengajar tentang pentingnya menunjukkan sikap ramah.

Pengenalan kepada Buku Yudas

Yudas mendedahkan perbuatan orang yang ingin menipu dan merosakkan sidang Kristian.

Pengenalan kepada Buku Wahyu

Penglihatan-penglihatan dalam buku Wahyu menggambarkan bagaimana Kerajaan Tuhan akan melaksanakan kehendak Tuhan bagi manusia dan bumi.