Adakah Kita Akan Terus Menderita?

Adakah Kita Akan Terus Menderita?

Adakah anda menjawab . . .

  • ya?

  • tidak?

  • mungkin?

JAWAPAN BIBLE

‘Tuhan akan menyapu air mata mereka. Kematian akan tiada lagi, demikian juga kesedihan, tangisan, dan kesakitan.’​—Wahyu 21:3, 4, Alkitab Berita Baik.

BIBLE MEMBANTU ANDA

Yakin bahawa Tuhan tidak menyebabkan masalah kita.​—Yakobus 1:13.

Berasa lega kerana Tuhan memahami kesusahan kita.​—Zakharia 2:8.

Mempunyai harapan bahawa manusia tidak akan menderita lagi.​—Mazmur 37:9-11.

BOLEHKAH KITA MEMPERCAYAI BIBLE?

Boleh. Mari kita lihat dua sebab berikut:

  • Tuhan tidak suka melihat orang menderita dan dianiaya. Perhatikan perasaan Tuhan Yehuwa semasa umat-Nya dilayan dengan buruk pada zaman dahulu. Bible berkata bahawa Dia mengasihani mereka yang “dianiaya dan ditindas.”​—Hakim-Hakim 2:18, Terjemahan Dunia Baharu.

    Tuhan membenci mereka yang menyakiti orang lain. Contohnya, Bible berkata bahawa Tuhan membenci “tangan yang menumpahkan darah orang yang tidak bersalah.”​—Amsal 6:16, 17.

  • Tuhan mengambil berat tentang setiap orang. Kita masing-masing memahami “penderitaan dan keperitan diri sendiri.” Sebenarnya, Yehuwa juga mengetahui tentang kesusahan kita!​—2 Tawarikh 6:29, 30.

    Tidak lama lagi, Kerajaan Yehuwa akan memerintah bumi dan tiada orang akan menderita lagi. (Matius 6:9, 10) Buat masa ini, Tuhan melegakan hati mereka yang mencari-Nya dengan ikhlas.​—Kisah 17:27; 2 Korintus 1:3, 4.

CUBA FIKIRKAN

Mengapakah Tuhan membiarkan kita menderita?

Bible memberikan jawapannya di ROMA 5:12 dan 2 PETRUS 3:9.