“Seluruh dunia ini di bawah kuasa Iblis.”—1 Yohanes 5:19.
“Anak Tuhan datang bagi memusnahkan pekerjaan Iblis.”—1 Yohanes 3:8, Alkitab Berita Baik.
BIBLE MEMBANTU ANDA
Memahami mengapa dunia dipenuhi masalah.—Wahyu 12:12.
Mempunyai harapan bahawa dunia akan bertambah baik.—1 Yohanes 2:17.
BOLEHKAH KITA MEMPERCAYAI BIBLE?
Boleh. Mari kita lihat tiga sebab berikut:
Usaha Syaitan pasti gagal. Tuhan Yehuwa akan memastikan bahawa Syaitan tidak lagi mengawal dunia. Dia berjanji akan “membinasakan Iblis” dan menghilangkan semua masalah yang disebabkan oleh Syaitan.—Ibrani 2:14, Terjemahan Dunia Baharu.
Tuhan memilih Yesus Kristus untuk menjadi raja. Yesus tidak seperti Syaitan yang kejam dan mementingkan diri. Tuhan berjanji bahawa Raja Yesus akan “mengasihani orang yang miskin dan orang yang lemah, dan . . . menyelamatkan mereka daripada keganasan dan penindasan.”—Mazmur 72:13, 14.
Tuhan tidak dapat berbohong. Bible berkata, “Tidak mungkin Tuhan akan berdusta.” (Ibrani 6:18) Semua janji Yehuwa pasti terjadi! (Yesaya 55:10, 11) “Pemerintah dunia ini akan diusir.”—Yohanes 12:31.