Apakah yang Akan Terjadi pada Masa Depan?

Apakah yang Akan Terjadi pada Masa Depan?

Adakah dunia kita akan . . .

  • tetap sama?

  • bertambah buruk?

  • bertambah baik?

JAWAPAN BIBLE

“Tuhan . . . akan menyapu semua air mata mereka, dan kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi. Perkara-perkara yang lama sudah lenyap.”​—Wahyu 21:3, 4, Terjemahan Dunia Baharu.

BIBLE MEMBANTU ANDA

Menikmati kerja yang bermakna dan memuaskan pada masa depan.​—Yesaya 65:21-23.

Hidup sihat tanpa derita pada masa depan.​—Yesaya 25:8; 33:24.

Hidup bahagia bersama keluarga dan kawan buat selama-lamanya.​—Mazmur 37:11, 29.

BOLEHKAH KITA MEMPERCAYAI BIBLE?

Boleh. Mari kita lihat dua sebab berikut:

  • Tuhan dapat menunaikan janji-Nya. Dalam Bible, hanya Tuhan Yehuwa dipanggil “Yang Maha Kuasa” kerana kuasa-Nya tidak terhad. (Wahyu 15:3) Jadi Dia dapat menunaikan janji-Nya untuk menjadikan dunia kita lebih baik. Bible menyatakan bahawa “tidak ada apa-apa yang mustahil bagi Tuhan.”​—Matius 19:26.

  • Tuhan ingin menunaikan janji-Nya. Bible mengatakan bahawa Yehuwa ingin menghidupkan semula orang yang telah mati.​—Ayub 14:14, 15.

    Bible juga menyatakan bahawa Anak Tuhan, Yesus, menyembuhkan orang sakit. Mengapakah dia berbuat demikian? Kerana dia mahu melakukannya. (Markus 1:40, 41) Seperti Bapanya, Yesus ingin membantu orang.​—Yohanes 14:9.

    Jadi kita boleh yakin bahawa Yehuwa dan Yesus ingin membantu kita hidup dengan gembira pada masa depan!​—Mazmur 72:12-14; 145:16; 2 Petrus 3:9.

CUBA FIKIRKAN

Bagaimanakah Tuhan akan menjadikan dunia kita lebih baik?

Bible memberikan jawapannya di MATIUS 6:9, 10 dan DANIEL 2:44.