Nyanyian 21
Berbahagialah yang Berbelaskasihan!
1. Bahagia yang berkasihan!
Indah dalam mata Huwa.
Sampaikan ’pada yang benar,
Belas kasihan Ia gemar.
Allah tunjukkan kasihan
Dengan sediakan tebusan.
Kar’na kita s’mua lemah,
T’rima belas kasihan Yah.
2. Berkat bagi yang kasihan
Kar’na dosa dilupakan.
M’reka mendapat faedah
Sejak Kristus hadap Allah.
Bagikan kasihan itu,
Masyhurkan Firman-Nya s’lalu.
Umumkan di mana-mana,
”Kerajaan sudah tiba.”
3. Yang lembut Yah ’kan kasihi
Kala m’reka dihakimi.
Rasakan belas kasihan
Kar’na m’reka pun tunjukkan.
Hendaklah berb’laskasihan;
Sifat itu perjuangkan.
Tirulah Allah dan Kristus,
Berbelaskasihan terus.
(Lihat juga Luk. 6:36; Rm. 12:8; Yak. 2:13.)