Lompat ke kandungan

AYAT BIBLE DIJELASKAN

Yohanes 15:13—“Tidak Ada Kasih yang Lebih Besar daripada Ini”

Yohanes 15:13—“Tidak Ada Kasih yang Lebih Besar daripada Ini”

 “Tidak ada kasih yang lebih besar daripada ini, iaitu kasih yang diperlihatkan oleh seseorang yang rela menyerahkan nyawanya demi sahabat-sahabatnya.”—Yohanes 15:13, Terjemahan Dunia Baharu.

 “Tiada kasih yang lebih besar daripada kasih seorang yang mengorbankan nyawanya untuk sahabatnya.”—Yohanes 15:13, Alkitab Versi Borneo.

Maksud Yohanes 15:13

 Yesus bantu pengikutnya faham bahawa kasih mereka patut begitu kuat sehingga sanggup mati untuk satu sama lain.

 Dalam ayat sebelumnya, Yesus beritahu para rasulnya, “Inilah perintahku: Kamu harus saling mengasihi, sebagaimana aku sudah mengasihi kamu.” (Yohanes 15:12) Apakah kasih yang Yesus tunjukkan kepada mereka? Kasih yang rela berkorban dan tidak pentingkan diri. Semasa di bumi, Yesus lebih pentingkan keperluan pengikutnya dan orang lain daripada dirinya sendiri. Dia sembuh penyakit orang dan ajar mereka tentang Kerajaan Tuhan. a Dia bahkan lakukan kerja yang dianggap rendah demi manfaat orang lain. (Matius 9:35; Lukas 22:27; Yohanes 13:3-5) Tapi di Yohanes 15:13, Yesus merujuk kepada tindakan kasih yang jauh lebih unggul. Malahan, beberapa jam selepas dia mengucapkan kata-kata tersebut, Yesus menunjukkan kasih yang unggul ini dengan “menyerahkan nyawanya sebagai tebusan bagi banyak orang.” (Matius 20:28; 22:39) Dengan demikian, dia tunjuk kasih yang utamakan orang lain dalam cara yang luar biasa.

 Yesus sayang umat manusia. Namun, dia lebih-lebih lagi sayang mereka yang mengikut ajarannya. Dia anggap pengikutnya sebagai sahabat kerana mereka mentaati arahannya dan berada di sampingnya semasa dia hadapi cubaan. (Lukas 22:28; Yohanes 15:14, 15) Jadi, dia ada sebab yang lebih besar untuk korbankan nyawanya demi mereka.

 Orang Kristian abad pertama ikut kata-kata Yesus ini dan sanggup korbankan nyawa bagi satu sama lain. (1 Yohanes 3:16) Sememangnya, kasih yang tidak pentingkan diri, yang ditunjukkan Yesus, menjadi tanda pengenal utama bagi Kristian sebenar.—Yohanes 13:34, 35.

Konteks Yohanes 15:13

 Bab 13 hingga 17 dalam buku Yohanes mengandungi nasihat Yesus kepada 11 rasulnya yang setia dan doa terakhir bersama mereka sebelum dia meninggal. Beberapa jam kemudian, dia meninggal. Dalam bab 15, Yesus gambarkan pengikutnya seperti carang-carang yang menghasilkan buah pada pokok anggur. Dia menggalakkan mereka untuk “terus menghasilkan banyak buah.” (Yohanes 15:1-5, 8) Perumpamaan ini tunjuk bahawa mereka perlu tetap bersatu dengannya untuk buktikan mereka ialah pengikutnya. Salah satu cara adalah dengan tunjuk kasih yang rela berkorban demi orang lain, termasuk menyebarkan mesej yang Yesus khabarkan, iaitu “berita baik tentang Kerajaan Tuhan.”—Lukas 4:43; Yohanes 15:10, 17.

 Tontonlah video pendek ini untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang buku Yohanes.

a Kerajaan Tuhan terletak di syurga. Tuhan mendirikan Kerajaan-Nya untuk memerintah bumi dan melakukan kehendak-Nya bagi bumi. (Daniel 2:44; Matius 6:9, 10) Untuk maklumat lanjut, sila lihat rencana “Apakah Itu Kerajaan Tuhan?