Adakah Bible Mengandungi Catatan tentang Fikiran Tuhan?
Jawapan Bible
Banyak penulis Bible berkata bahawa mereka menulis Bible di bawah bimbingan Tuhan. Perhatikan contoh-contoh berikut:
Raja Daud: ‘Roh [Daya aktif] Yehuwa berfirman melalui aku; firman-Nya ada pada bibirku.’—2 Samuel 23:1, 2.
Nabi Yesaya: ‘Yehuwa Raja Yang Maha Kuasa menyuruh aku pergi kepada Sebna, pengurus istana, dan berkata kepadanya.’—Yesaya 22:15.
Rasul Yohanes: “Penyingkapan daripada Yesus Kristus yang disampaikan oleh Tuhan kepadanya.”—Wahyu 1:1.