Nama Siapakah yang Tertulis dalam “Kitab Kehidupan”?
Jawapan Bible
“Kitab kehidupan” atau “kitab peringatan” mengandungi nama-nama orang yang diberi kurniaan untuk hidup kekal. (Wahyu 3:5; 20:12; Maleakhi 3:16) Tuhan yang menentukan nama-nama itu berdasarkan kesetiaan dan ketaatan seseorang kepada-Nya.—Yohanes 3:16; 1 Yohanes 5:3.
“Semenjak dunia diasaskan,” Tuhan telah mengingati nama setiap hamba-Nya yang setia, seolah-olah menulis nama mereka dalam sebuah kitab. (Wahyu 17:8) Habel ialah manusia pertama yang setia dan namanya ditulis dalam kitab kehidupan. (Ibrani 11:4) Kitab itu bukan sekadar senarai nama tetapi menunjukkan bahawa Yehuwa ialah Tuhan yang pengasih dan Dia “mengenal mereka yang merupakan milik-Nya.”—2 Timotius 2:19; 1 Yohanes 4:8.
Bolehkah nama-nama dalam “kitab kehidupan” dipadamkan?
Ya. Berkenaan orang Israel yang tidak taat kepada-Nya, Tuhan berfirman, “Sesiapa yang berdosa terhadap-Ku, nama orang itulah yang akan Aku hapuskan daripada kitab-Ku.” (Keluaran 32:33) Tetapi jika kita tetap setia, nama kita akan kekal dalam “kitab kehidupan.”—Wahyu 20:12.