Adakah Bible Mengizinkan Perceraian?
Jawapan Bible
Bible mengizinkan perceraian. Tetapi Yesus menyatakan bahawa hanya terdapat satu alasan yang sah untuk bercerai. Dia berkata, “Sesiapa yang menceraikan isterinya padahal isterinya tidak melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral [seks di luar perkahwinan], dia berzina jika dia berkahwin dengan wanita lain.”—Matius 19:9.
Tuhan membenci perceraian yang tidak berdasarkan prinsip ini. Dia akan menghukum orang yang meninggalkan pasangan hidup mereka sesuka hati, terutamanya orang yang bercerai kerana ingin mencari suami atau isteri baharu.—Maleakhi 2:13-16; Markus 10:9.