Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

JW LIBRARY BAHASA ISYARAT

Guna Senarai Main

Guna Senarai Main

Guna senarai main untuk kumpulkan semua video yang diperlukan untuk perjumpaan, pembelajaran peribadi, atau kerja penyebaran.

 Tambah video kepada senarai main

  1. Main satu video, dan klik butang Tambah kepada Senarai Main.

  2. Pilih penanda yang anda ingin tambah. Penanda ialah bahagian tertentu dalam video, contohnya salah satu ayat Bible.

  3. Klik butang Selesai.

  4. Pilih senarai main yang sudah wujud, atau klik Cipta Senarai Main dan masukkan nama untuk senarai main yang baharu.

PERHATIAN: Untuk tambah seluruh video kepada senarai main, klik butang Lebih Banyak pada video, dan klik Tambah kepada Senarai Main.

 Sunting video

Guna ciri Sunting untuk potong dan simpan bahagian video tertentu bagi video yang ada dalam senarai main. Semasa anda guna senarai main, hanya bahagian yang disunting akan dimainkan.

  1. Buka video dalam senarai main.

  2. Klik butang Sunting.

  3. Tarik anak panah kiri dan kanan untuk pilih bahagian video yang ingin dipotong.

  4. Klik butang Main untuk lihat prapaparan video yang disunting.

  5. Klik butang Selesai untuk simpan perubahan itu.

PERHATIAN: Video yang disunting akan ditandakan dengan garis jingga pada imej kecil (thumbnail) video.

 Sesuaikan senarai main

Namakan Semula

Untuk mengubah nama senarai main, klik butang Namakan Semula.

Untuk mengubah nama video dalam senarai main, klik butang Lebih Banyak pada video, dan klik Namakan Semula untuk ubah namanya. Nama video hanya diubah untuk senarai main tersebut.

Susun Semula

Pindah satu bahan dalam senarai main dengan menekan sambil menariknya ke lokasi yang baharu.

Pisah Kumpulan

Jika anda menambah beberapa penanda untuk satu video dan penanda itu bersambung dengan bahagian penanda yang seterusnya (contohnya, ayat 1, 2, dan 3 dalam bab Bible), video-video itu akan bergabung menjadi satu kumpulan dalam senarai main. Untuk pisahkan setiap penanda menjadi satu video dalam senarai main, klik butang Lebih Banyak dan pilih Pisahkan Kumpulan.

Tindakan Akhir

Anda boleh tetapkan tindakan akhir bagi setiap video dalam senarai main. Tetapan yang anda pilih akan menentukan apa yang berlaku selepas video berakhir:

  • Sambung: Main video seterusnya.

  • Henti: Kembali ke senarai main.

  • Jeda: Berhenti pada bahagian akhir video.

  • Ulang: Main semula video yang sama. (Loop)