JW LIBRARY
Sesuaikan Tetapan Paparan untuk Membaca—Android
Beberapa ciri telah disediakan di JW Library untuk membantu anda semasa membaca. Ciri-ciri ini terdapat dalam bahagian aplikasi di sebelah atas skrin semasa anda membaca sesebuah bab atau rencana.
Anda mungkin perlu menekan butang Lebih Banyak untuk melihat sesetengah fungsi yang terdapat di bahagian aplikasi.
Ikutlah langkah-langkah berikut untuk menyesuaikan tetapan paparan membaca:
Tukar Bahasa
Anda boleh mengubah bahasa bagi bab atau rencana yang sedang dibaca.
Tekan butang Bahasa untuk melihat senarai bahasa yang mengandungi bahan yang sedang dibaca. Bahasa yang biasa anda gunakan terdapat di atas senarai itu. Edisi Menara Pengawal yang dipermudahkan juga tersenarai di situ. Anda juga boleh mencari dalam senarai itu dengan menaip nama bahasa.
Bahasa yang belum dimuat turun akan ditandakan dengan ikon berbentuk awan. Tekan bahasa itu untuk memuat turun bahan bacaan tersebut. Setelah dimuat turun, ikon itu akan hilang. Tekan bahasa itu sekali lagi untuk membacanya.
Tukar Tetapan Teks
Anda boleh mengubah saiz teks mengikut apa yang anda inginkan bagi memudahkan pembacaan anda.
Tekan butang Tetapan Teks, kemudian gerakkan gelongsor itu untuk membesarkan atau mengecilkan saiz teks. Saiz yang dipilih akan digunakan bagi semua bahan bacaan dalam aplikasi ini.
Lihat Imej atau Lihat Teks
Sesetengah rencana boleh dibuka dalam bentuk imej atau teks. Tekan pada butang untuk memilih antara dua bentuk itu.
Lihat Imej: Imej yang ditunjukkan adalah sama seperti bahan yang dicetak. Sesetengah orang memilih bentuk ini bagi bahan bacaan seperti buku nyanyian supaya dapat melihat notasi muzik.
Lihat Teks: Teks yang ditunjukkan mengandungi pautan ayat Bible yang boleh ditekan. Anda juga boleh mengubah saiz teks tersebut.
Buka dalam . . .
Fungsi Buka dalam . . . membolehkan anda melihat bahan daripada JW Library menerusi aplikasi yang lain.
Tekan butang Buka dalam . . . untuk melihat beberapa pilihan aplikasi. Contohnya, anda boleh memilih Buka dalam Perpustakaan dalam Talian untuk melihat bahan yang sedang dibaca menerusi PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower.
Tetapan Paparan Bible
Dengan menekan ayat rujukan Bible di bahan bacaan, anda akan melihat ayat tersebut. Tekan butang Tetapan Paparan yang tertera di bawah ayat itu. Kemudian, anda boleh memilih terjemahan Bible yang telah dimuat turun untuk disertakan dalam senarai tersebut.
Anda boleh menekan butang Tambah atau Tolak untuk menambahkan atau mengeluarkan sesebuah terjemahan. Anda juga boleh mengubah susunan senarai itu dengan mengheret (drag) Bible itu ke atas atau ke bawah.
Lihat “Muat Turun dan Atur Bible—Android” untuk belajar cara memuat turun lebih banyak terjemahan Bible di JW Library.
Ciri-ciri ini boleh didapati sejak Februari 2015 di JW Library 1.4, yang boleh digunakan bagi Android 2.3 atau versi yang seterusnya. Jika anda tidak melihat ciri-ciri ini, sila ikut langkah-langkah yang dinyatakan dalam rencana “Cara Menggunakan JW Library—Android,” bahagian Dapatkan Ciri-Ciri Terkini.