Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

JW LIBRARY

Cara Menggunakan JW Library​—iOS

Cara Menggunakan JW Library​—iOS

Selamat datang ke JW Library. Aplikasi ini direka untuk pembacaan dan pembelajaran Bible. Anda dapat melihat ciri-ciri utama aplikasi ini dengan menekan butang tab bar pada bahagian bawah skrin.

 Bible

Tab Bible membolehkan anda membaca dan memuat turun terjemahan-terjemahan Bible. Tekan salah satu buku Bible, kemudian nombor bab untuk mula membacanya. Semasa membaca, anda juga dapat melihat nota kaki, rujukan silang, dan terjemahan Bible dalam bahasa lain di bahagian tetingkap Pembelajaran.

Untuk mencari ayat Bible yang lain, tekan tab Bible sekali lagi untuk melihat senarai buku-buku Bible.

 Bahan Terbitan

Tab Bahan Terbitan membolehkan anda melihat bahan dalam bentuk teks, audio, dan video. Pilih bahan dan kemudian pilih rencana yang ingin dibaca. Semasa membaca, anda dapat melihat ayat-ayat rujukan Bible. Tekan salah satu ayat rujukan Bible untuk melihatnya di bahagian tetingkap Pembelajaran. Di situ, tekan pautan ayat itu untuk melihatnya di dalam Bible.

Untuk mencari bahan yang lain, tekan tab Bahan Terbitan sekali lagi untuk melihat senarai bahan yang diterbitkan.

 Ayat Harian

Tekan tab Ayat Harian untuk membaca ayat bagi hari itu.

 Perjumpaan

Tekan tab Perjumpaan untuk melihat bahan terbitan bagi perjumpaan minggu ini.

 Dalam Talian

Tekan tab Dalam Talian untuk melayari laman web rasmi kami.

 Dapatkan Ciri-Ciri Terkini

Dapatkan ciri-ciri terkini bagi JW Library dengan memastikan alat elektronik anda sentiasa dikemaskinikan.

Cuba dapatkan versi terkini bagi iOS untuk alat elektronik anda. Untuk maklumat selanjutnya, lihatlah pautan ini: https://support.apple.com/en-us/HT204204.

Untuk memudahkan anda, anda boleh menghidupkan kemas kini aplikasi secara automatik di bahagian tetapan dalam alat elektronik anda. Lihat pautan ini untuk maklumat selanjutnya: https://support.apple.com/en-us/HT202180.