Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

JW LIBRARY

Guna Senarai Main

Guna Senarai Main

Pada tab Pembelajaran Peribadi, anda boleh cipta senarai main bagi video, audio, dan gambar. Contohnya, anda boleh:

  • Cipta senarai main bagi lagu-lagu rohani kegemaran anda

  • Kumpul video dan gambar untuk kegunaan kerja penyebaran

  • Menyediakan senarai gambar untuk ceramah anda dan mengongsi senarai main itu kepada petugas audio/video

 Cipta dan Menghasilkan Senarai Main

 Ubah Senarai Main

 Sunting Bahan dalam Senarai Main

 Kongsi Senarai Main

 Pintasan Papan Kekunci

 Cipta dan Menghasilkan Senarai Main

Cipta Senarai Main

  1. Pergi ke Pembelajaran Peribadi > Senarai Main

  2. Klik butang Tambah Senarai Main

  3. Pilih Cipta Senarai Main atau Import Senarai Main

    • Cipta Senarai Main: Masukkan nama untuk senarai main dan pilih Cipta

    • Import Senarai Main: Cari dan import senarai main yang sudah ada dalam alat elektronik anda

Tambah Bahan kepada Senarai Main

Video, muzik, dan audio dalam aplikasi

  1. Klik butang Lebih Banyak pada bahan tertentu

  2. Pilih Tambah kepada Senarai Main

  3. Pilih senarai main yang sedia ada atau pilih Cipta Senarai Main untuk menambahkannya ke senarai main yang baharu

Gambar dalam aplikasi

  1. Pilih gambar

  2. Klik butang Tambah kepada Senarai Main

  3. Pilih senarai main yang sedia ada atau pilih Cipta Senarai Main untuk menambahkannya ke senarai main yang baharu

Dari tempat lain

Anda boleh menambahkan video, audio, atau gambar dari tempat lain ke senarai main anda.

  1. Pergi ke halaman Senarai Main

  2. Buka senarai main yang sedia ada

  3. Pilih Import Fail

  4. Cari fail dalam alat elektronik anda lalu import

 Ubah Senarai Main

Namakan Semula

Namakan semula senarai main:

  • Jika anda di halaman Senarai Main, klik butang Lebih Banyak pada senarai main yang tertentu, lalu pilih Namakan Semula dan masukkan nama yang baharu

  • Jika anda dalam salah satu senarai main, klik butang Namakan Semula dan masukkan nama yang baharu

Namakan semula bahan dalam senarai main:

  1. Klik butang Lebih Banyak pada bahan dalam senarai main

  2. Pilih Namakan Semula dan masukkan nama yang baharu

Susun Semula Bahan dalam Senarai Main

  • Dalam senarai main, susun bahan dengan menekan sambil menariknya ke lokasi yang baharu

Ubah Tindakan Mula

Apabila anda membuka satu bahan dalam senarai main, bahan itu akan mula dimainkan. Anda boleh mengubah tindakan mula bahan itu dalam Tetapan. Pilihan yang ada ialah Main dan Jeda.

Ubah Tindakan Akhir

Untuk mengubah tetapan apabila bahan itu selesai dimainkan:

  1. Klik butang Tindakan Akhir

  2. Pilih tindakan akhir yang anda inginkan

Tetapan asal ialah Sambung. Anda boleh mengubah tetapan tindakan akhir yang baharu dalam Tetapan.

Tetapan Tindakan Akhir

Apa Berlaku

Sambung

Main bahan seterusnya dalam senarai main

Henti

Kembali ke senarai main

Jeda

Bahan akan berhenti pada bahagian akhir dan tidak akan mainkan bahan seterusnya

Ulang

Main semula bahan yang sama

 Sunting Bahan dalam Senarai Main

Fungsi Sunting dapat digunakan untuk memainkan bahagian yang dipilih dalam video atau audio yang bersaiz besar.

  1. Klik butang Lebih Banyak pada bahan tertentu dan pilih Sunting

    Atau, jika anda sedang memainkan bahan tertentu, klik butang Tetapan dan pilih Sunting

  2. Gunakan penunjuk pada garis masa untuk pilih titik mula dan akhir

    Tekan dan tahan penunjuk mula atau akhir untuk dapatkan titik mula dan akhir yang lebih tepat

  3. Gunakan butang Main untuk lihat prapaparan video yang disunting

 Kongsi Senarai Main

Anda boleh kongsi senarai main dengan orang lain menggunakan ciri Kongsi.

  • Jika anda di halaman Senarai Main, klik butang Lebih Banyak pada senarai main yang tertentu, lalu pilih Kongsi dan pilih salah satu cara untuk kongsi

  • Jika anda dalam salah satu senarai main, klik butang Kongsi dan pilih salah satu cara untuk kongsi

 Pintasan Papan Kekunci

Pintasan papan kekunci dapat bantu anda menggunakan senarai main.

Windows

macOS

Bahan sebelumnya dalam senarai main

Page Up

Function-Up Arrow

Bahan seterusnya dalam senarai main

Page Down

Function-Down Arrow