JW LIBRARY
Cara Menggunakan JW Library—Windows
Selamat datang ke JW Library. Aplikasi ini direka untuk pembacaan dan pembelajaran Bible. Anda dapat melihat ciri-ciri utama aplikasi ini dengan menekan butang pada tab bar di bahagian atas skrin. Untuk membuka bar App Commands, klik kanan atau luncur (swipe) ke bawah dari bahagian atas skrin.
Laman Utama
Bahagian Laman Utama membolehkan anda melihat Bible dan bahan terbitan yang biasa digunakan. Anda juga boleh melihat bahan terbitan yang terkini dan membaca ayat harian.
Bible
Tab Bible membolehkan anda membaca dan memuat turun terjemahan-terjemahan Bible. Tekan salah satu buku Bible, kemudian nombor bab untuk mula membacanya. Semasa membaca, anda juga dapat melihat nota kaki, rujukan silang, dan terjemahan Bible dalam bahasa lain di bahagian tetingkap Pembelajaran.
Untuk mencari ayat Bible yang lain, tekan tab Bible dan tekan Buku untuk melihat semula senarai buku-buku Bible.
Bahan Terbitan
Tab Bahan Terbitan membolehkan anda melihat bahan dalam bentuk teks, audio, dan video. Tekan tab itu dan rencana yang ingin dibaca. Semasa membaca, anda dapat melihat ayat-ayat rujukan Bible. Tekan salah satu ayat rujukan Bible untuk melihatnya di bahagian tetingkap Pembelajaran. Di situ, tekan pautan ayat itu untuk melihatnya di dalam Bible.
Untuk mencari bahan yang lain, tekan tab Bahan Terbitan kemudian tekan Ikut Jenis untuk melihat senarai bahan yang diterbitkan.
Ayat Harian
Tekan tab Ayat Harian di bahagian atas skrin untuk membaca ayat bagi hari itu.
Dalam Talian
Tekan tab Dalam Talian di bahagian atas skrin untuk melayari laman web rasmi kami.
Dapatkan Ciri-Ciri Terkini
Dapatkan ciri-ciri terkini bagi JW Library dengan memastikan alat elektronik anda sentiasa dikemaskinikan.
Cuba dapatkan versi terkini bagi Windows untuk alat elektronik anda. Untuk maklumat selanjutnya, lihatlah pautan berikut:
http://windows.microsoft.com/en-us/windows-10/upgrade-to-windows-10-faq
http://windows.microsoft.com/en-us/windows-8/update-from-windows-8-tutorial
http://windows.microsoft.com/en-us/windows-10/getstarted-choose-how-updates-are-installed
Untuk memudahkan anda, anda boleh menghidupkan kemas kini aplikasi secara automatik di bahagian tetapan dalam alat elektronik anda. Lihat pautan ini untuk maklumat selanjutnya: http://windows.microsoft.com/en-gb/windows-8/automatic-app-updates-help.