JW LIBRARY
Memasang JW Library jika Anda Tidak Dapat Mengakses App Store—Windows
Jika anda tidak dapat memasang JW Library pada peranti Windows anda daripada Microsoft Store, anda boleh memasangnya secara manual dengan menggunakan fail pemasangan Windows JW Library.
Anda mungkin perlu tukar tetapan peranti anda untuk membenarkan pemasangan aplikasi daripada sumber lain. Guna aplikasi Tetapan untuk cari tetapan bagi pembangun. Kemudian, hidupkan pilihan untuk pasang aplikasi daripada mana-mana sumber atau sumber lain. Perhatian: Bergantung pada versi Windows anda, ia mungkin guna istilah seperti “Mod Pembangun” (Developer Mode) atau “Muat sisi aplikasi” (Sideload apps).
Muat turun dan pasang fail pemasangan Windows JW Library:
Klik butang Muat Turun pada halaman ini untuk menyimpan fail pemasangan pada cakera setempat.
Klik kanan pada fail .zip dan nyahzip (unzip).
Buka folder, klik kanan pada fail Install.ps1, dan pilih Run with PowerShell.
Pastikan pemasangan sijil tandatangan, jika perlu.
Mesej pengesahan akan muncul semasa pemasangan selesai.
Semak dari masa ke masa untuk versi aplikasi yang baharu.
Buka halaman Tetapan di JW Library untuk melihat versi yang sudah dipasang pada peranti anda.
Jika nombor versi pada Tetapan lebih kecil daripada nombor versi yang ditunjukkan di bawah, muat turun dan pasang aplikasi dengan menggunakan langkah-langkah yang dinyatakan di atas.
Versi: 14.3.45 (429479)