Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

JW LIBRARY

Guna Fungsi Sejarah​—Windows

Guna Fungsi Sejarah​—Windows

Pada bahagian sejarah di JW Library, anda boleh melihat rencana atau bab Bible yang telah dibaca. Ciri ini sangat berguna contohnya untuk melihat ayat Bible yang anda buka sebelumnya.

Ikutlah langkah-langkah berikut untuk menggunakan fungsi Sejarah:

 Melihat Semula Sejarah

Buka bar App Commands, kemudian tekan butang Sejarah untuk melihat senarai ayat Bible dan rencana yang baru dibaca. Dalam senarai tersebut, tekan satu ayat Bible atau rencana untuk melihatnya semula.

 Kosongkan Sejarah

Buka bar App Commands dengan klik kanan atau luncur (swipe) ke bawah dari bahagian atas skrin. Tekan butang Sejarah untuk melihat senarai sejarah lalu tekan butang Kosongkan Sejarah.

Fungsi ini boleh didapati sejak Mac 2014 di JW Library 1.1, yang boleh digunakan bagi Windows 8.0 atau versi yang seterusnya. Jika anda tidak melihat fungsi ini, sila ikut langkah-langkah yang dinyatakan dalam rencana “Cara Menggunakan JW Library​—Windows,” bahagian Dapatkan Ciri-Ciri Terkini.