Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

LAMAN WEB JW.ORG

Cari Bahan dalam Talian

Cari Bahan dalam Talian

Bahagian PERPUSTAKAAN di jw.org mengandungi ratusan bahan dalam bentuk teks, audio, dan video. Tip dalam rencana ini dapat membantu anda mencari bahan yang diingini.

 Gunakan ciri Cari

Gunakan ciri Cari untuk mencari bahan yang mengandungi perkataan atau frasa yang spesifik.

Di bahagian Cari, taip perkataan atau frasa yang anda mahu cari, kemudian tekan Masuk atau klik butang Cari. Jika anda tahu beberapa perkataan atau frasa utama yang muncul dalam bahan terbitan, taipkan semuanya. Dengan itu, maklumat yang anda cari mungkin muncul di bahagian atas hasil carian.

Jika hasil carian terlalu banyak, pilih salah satu opsyen berikut untuk mencari bahan secara lebih spesifik:

  • Pilih opsyen tapis di bahagian atas halaman Cari. Contohnya, pilih Video untuk melihat video sahaja dalam hasil carian.

  • Klik butang Lihat Semua untuk suatu kategori bagi mencari bahan dalam kategori itu.

Bahan yang terdapat dalam PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower tetapi tidak terdapat di jw.org juga disenaraikan di halaman Cari.

 Cari bahan terbitan dengan tajuk spesifik

Jika anda mengetahui tajuk bahan atau sebahagian daripada tajuknya, gunakan langkah berikut untuk mencari bahan tersebut dengan cepat.

Pergi ke PERPUSTAKAAN > BUKU & BROSUR.

  • Dalam senarai Semua, taip satu perkataan daripada tajuk bahan bacaan yang anda cari. Contohnya, jika anda sedang mencari buku Diajarkan Bible, taip “diajarkan.” Senarai akan memaparkan bahan bacaan dengan tajuk yang mengandungi perkataan “diajarkan.” Pilih tajuk buku yang anda cari.

  • Klik butang Cari.

 Cari majalah yang spesifik

Pergi ke PERPUSTAKAAN > MAJALAH.

Halaman ini memaparkan empat terbitan terkini majalah Sedarlah! dan Menara Pengawal (edisi umum), dan lapan terbitan terkini majalah Menara Pengawal (edisi pembelajaran). Untuk mencari majalah yang spesifik, ikut langkah-langkah berikut:

  • Pilih edisi majalah dan tahun terbitan daripada senarai-senarai yang disediakan.

  • Klik butang Cari.

 Lihat pilihan untuk muat turun sebuah bahan terbitan

Di sesetengah halaman, terdapat dua cara untuk memaparkan bahan terbitan: Paparan grid atau paparan senarai.

Klik butang Paparan Grid untuk memaparkan bahan terbitan dalam bentuk grid. Paparan ini ialah tetapan lalai.

Klik butang Paparan Senarai untuk memaparkan bahan terbitan dalam bentuk senarai.

Setiap bahan terbitan menunjukkan kulit depan, tajuk bahan terbitan, dan opsyen muat turun yang ada.

Pilih tajuk untuk baca dalam talian.

Klik butang Opsyen Teks untuk membuka tetingkap Muat Turun.

Sesetengah bahan terbitan terdapat dalam pelbagai format yang boleh dimuat turun, seperti PDF dan JWPUB. Selain itu, sesetengah bahan terbitan mempunyai pelbagai edisi, seperti cetakan biasa atau cetakan besar.

Pilih format dan edisi yang ingin dimuat turun.

Klik butang Audio untuk buka tetingkap Muat Turun. Pilih audio yang anda mahu muat turun.

Klik butang Video untuk buka tetingkap Muat Turun. Pilih video yang anda mahu muat turun.