Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

SIARAN JW

Memasang Aplikasi Siaran JW pada Pemain Roku

Memasang Aplikasi Siaran JW pada Pemain Roku

Sebelum anda dapat menonton Siaran JW pada Roku anda, anda perlu mempersiapkan pemain Roku anda dan memasang perisian Siaran JW. Ikut langkah-langkah berikut:

 Mempersiapkan Pemain Roku Anda

Pemain Roku anda mempunyai arahan untuk mempersiapkan pemain anda dan menyambungnya ke Internet. Setelah pemain anda disambungkan ke Internet, ikutlah arahan yang tertera pada skrin untuk menyelesaikan persiapan anda.

Perhatian: Anda perlu mengakses Internet melalui komputer atau alat mudah alih untuk melihat arahan tersebut.

Semasa persiapan, anda akan diminta untuk hubungkan pemain Roku anda. Untuk berbuat demikian, sila kunjungi www.roku.com/link dan masukkan kod pada skrin televisyen anda. Kemudian, ikut arahan pada komputer atau alat mudah alih anda untuk membuka akaun Roku.

Skrin televisyen anda akan dikemaskinikan sebaik sahaja pemain Roku anda telah dihubungkan kepada akaun anda.

Untuk bantuan lanjut, tontonlah video Roku tentang langkah-langkah persiapan.

 Memasang Siaran JW dari Komputer

Pemain Roku menggunakan perisian (atau “saluran”) untuk memainkan video. Anda perlu menambahkan saluran yang mengandungi video yang ingin anda tonton. Satu cara untuk menambahkan saluran baharu adalah melalui komputer anda.

  • Guna mana-mana pelayar untuk mengunjungi halaman Siaran JW di Roku Channel Store.

  • Log masuk ke dalam akaun Roku anda sekiranya anda belum berbuat demikian.

  • Klik butang Add Channel (Tambahkan Saluran). Apabila anda berjaya menambahkan satu saluran, butang Add Channel yang berwarna hijau akan berubah menjadi perkataan Installed (Sudah Dipasang).

Selepas menambahkan saluran di pelayar internet, saluran itu akan disimpan. Kemudian, anda perlu memasang saluran yang baru ditambahkan itu pada pemain Roku anda.

  • Tekan butang Home (Laman Utama) pada alat kawalan Roku anda.

  • Dengan menggunakan anak panah Atas atau Bawah, pergi ke Settings (Tetapan).

  • Tekan OK.

  • Di halaman Settings, tekan Atas atau Bawah sehingga anda sampai bahagian System Update (Kemas Kini Sistem), dan tekan OK. Halaman System Update akan dimuatkan. Check Now (Semak Sekarang) di sebelah kanan skrin anda sepatutnya sudah disoroti.

  • Tekan OK.

Pemain Roku akan mencari saluran yang anda tambahkan dan memasangnya.

  • Kembali ke halaman utama Roku dan pilih My Channels (Saluran Saya) dari menu utama. Anda akan dapat melihat semua saluran yang dipasang pada pemain Roku anda, termasuk Siaran JW.

  • Pergi ke logo jw.org dan tekan OK untuk memulakan Siaran JW.

 Memasang Siaran JW dari Roku

Anda juga dapat memasang Siaran JW terus dari pemain Roku anda.

  • Pergi ke laman utama Roku.

  • Tekan anak panah Atas atau Bawah pada alat kawalan Roku anda di menu utama sehingga sampai ke Search (Carian).

  • Tekan OK.

Antara muka Search di Roku mencari wayang, rancangan televisyen, pelakon, pengarah, permainan, dan saluran yang sepadan dengan carian anda. Siaran JW ialah saluran, jadi cari hasil carian yang mempunyai simbol Saluran di sebelahnya. Taip salah satu kata kunci berikut untuk mencari Siaran JW:

  • siaran jw (jw broadcasting)

  • jw.org

  • jwtv

  • Jehovah

  • Semasa Siaran JW muncul di senarai hasil carian, tekan anak panah Kanan sehingga anda sampai ke saluran itu. Kemudian tekan OK. Bahagian Add channel (Tambahkan saluran) sepatutnya telah disoroti.

  • Tekan OK sekali lagi untuk memasang Siaran JW.

Untuk menonton Siaran JW, pilih Go to channel (Pergi ke saluran), atau kembali ke halaman utama Roku dan cari Siaran JW di bawah My Channels.