Lompat ke kandungan

5 JUN 2019
AFRIKA SELATAN

Afrika Selatan Menghadapi Hujan Lebat dan Banjir

Afrika Selatan Menghadapi Hujan Lebat dan Banjir

Pada hujung bulan April 2019, hujan lebat melanda sepanjang pantai timur Afrika Selatan. Hujan yang berterusan itu menyebabkan banjir dan banjir lumpur di sekitar Durban, wilayah KwaZulu-Natal. Berita melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 70 orang maut akibat bencana itu.

Pejabat cawangan Afrika Selatan melaporkan bahawa tidak ada saudara saudari kita yang tercedera atau terbunuh. Namun begitu, sekurang-kurangnya 19 buah rumah mengalami kerosakan akibat banjir lumpur mahupun banjir. Air banjir juga telah merosakkan sekurang-kurangnya tiga buah Dewan Perjumpaan.

Di bawah penyeliaan Jawatankuasa Bantuan Bencana, para sukarela Bahagian Rekaan dan Pembinaan Tempatan sedang memeriksa kerosakan setiap rumah. Jika rumah saudara saudari didapati tidak selamat untuk dihuni, aturan akan dibuat agar mereka tinggal di tempat yang lain.

Kami yakin bahawa Yehuwa akan terus memberi sokongan kepada saudara saudari di Afrika Selatan yang sedang menghadapi situasi yang mencabar ini.—Mazmur 34:19.