Lompat ke kandungan

Pejabat penterjemahan baharu Bahasa Isyarat Afrika Selatan

29 APRIL 2022
AFRIKA SELATAN

Rekaan dan Pembinaan Tempatan Mengubah Suai Pejabat Terjemahan bagi Bahasa Isyarat Afrika Selatan

Rekaan dan Pembinaan Tempatan Mengubah Suai Pejabat Terjemahan bagi Bahasa Isyarat Afrika Selatan

Bahagian Rekaan dan Pembinaan Tempatan (LDC) di Afrika Selatan bakal selesai mengubah suai sebuah bangunan pejabat di Durban yang akan digunakan sebagai pejabat penterjemahan (RTO) bagi Bahasa Isyarat Afrika Selatan (SASL). Pada Mac 2020, pejabat cawangan membeli bangunan itu dan sejurus selepas itu membeli apartmen yang berhampiran. Para penterjemah akan mula berpindah ke apartmen pada Mei 2022.

Pekerja RTO terdiri daripada 17 ahli Bethel dan 25 sukarela di luar Bethel yang bekerja separuh masa. Lokasi RTO baharu ini akan bantu mereka hasilkan penterjemahan yang bermutu tinggi bagi bahan bacaan kita. Terdapat 283 penyiar pekak atau mempunyai pendengaran terbatas (serta lebih daripada 450,000 orang pekak atau mempunyai pendengaran terbatas) di Afrika Selatan yang dapat manfaatkan bahan-bahan tersebut. Kebanyakan daripada mereka tinggal di Wilayah KwaZulu-Natal. Durban ialah bandar terbesar di wilayah itu.

Saudara Sibusiso Mzizi, yang bekerja dengan kumpulan penterjemahan Bahasa Isyarat Afrika Selatan kata, “Kami percaya bahawa pejabat baharu ini akan memanfaatkan kerja penyebaran bahasa isyarat di Afrika Selatan dan mengukuhkan sidang-sidang.”

Kita mengungkapkan penghargaan kepada Yehuwa kerana memberkati usaha kita dalam SASL dan kemajuan projek ini.—Mazmur 127:1.