Lompat ke kandungan

24 APRIL 2024
AFRIKA SELATAN

Ribuan Saksi Mengongsi Mesej Bible dengan Orang yang Menuturkan Bahasa Xhosa di Afrika Selatan

Ribuan Saksi Mengongsi Mesej Bible dengan Orang yang Menuturkan Bahasa Xhosa di Afrika Selatan

Dari 29 Januari hingga 11 Mac 2024, lebih daripada 11,000 saudara saudari dari beberapa kawasan di Afrika Selatan menyertai kempen penyebaran bahasa Xhosa di kawasan Eastern Cape. Kawasan ini mempunyai kira-kira tujuh juta penduduk dan kebanyakan daripada mereka menuturkan bahasa Xhosa. Kempen ini membuahkan hasil yang baik, dan lebih daripada 2,700 orang telah memohon pembelajaran Bible.

Semasa kempen, dua orang saudari bercakap dengan seorang wanita. Saudara kandung wanita itu telah meninggal dua minggu lalu akibat kemalangan. Semasa menceritakan tragedi itu, para saudari melegakan hatinya dengan mengongsi Wahyu 21:3, 4 dengannya. Wanita itu ingin tahu lebih banyak tentang harapan Bible tersebut dan menanya tentang masa dan lokasi perjumpaan kita. Satu pembelajaran Bible telah dimulakan dengannya.

Saudari Zukiswa memulakan perbualan dengan seorang wanita yang menghidap penyakit artritis yang teruk. Penyakitnya bahkan membuatnya sangat susah untuk menyediakan makanan untuk anak-anaknya. Dia sangat risau kerana dia tidak ada tenaga untuk membuat roti bagi anak-anaknya. Maka, Zukiswa menawarkan untuk menguli tepung dan saudari yang bersamanya telah mengongsi mesej Bible kepada wanita itu. Wanita itu amat tersentuh dengan kebaikan hati para saudari lalu memberitahu kawan-kawannya tentang bantuan yang diterimanya. Tidak lama selepas itu, dia mula belajar Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa.

Semasa menginjil dari rumah ke rumah di bandar Gqeberha, dua saudara menemui seorang lelaki yang sebelah kakinya telah dipotong. Lelaki itu kata bahawa dia selalu tertanya-tanya mengapa Tuhan membiarkan Syaitan untuk memerintah bumi, sedangkan Tuhanlah yang menciptakan manusia. (1 Yohanes 5:19) Saudara kita menggunakan Bible untuk menjawab soalannya. Selepas sejenak waktu pada hari yang sama, lelaki itu dan isterinya telah menerima tawaran untuk mempelajari Bible selepas menonton video yang bertajuk, Mengapakah Tuhan Membenarkan Penderitaan?

Seorang saudari kita yang juga sedang menginjil di Gqeberha berjumpa dengan seorang wanita. Dia menanya sama ada wanita itu sudi membaca Mazmur 37:29. Wanita itu setuju lalu membaca ayat itu dengan menggunakan Biblenya sendiri. Tetapi dia kata bahawa dia tidak memahami ayat itu. Maka, saudari kita membaca ayat yang sama daripada Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Xhosa. Wanita itu berkata dengan teruja, “Bahasa Xhosa yang digunakan dalam Bible ini sangat jelas. Bible ini lebih senang faham berbanding Bible saya sendiri!” Sekarang, wanita ini sedang mempelajari Bible secara tetap.

Kita bersukacita melihat begitu ramai orang yang berbahasa Xhosa di Afrika Selatan menyambut mesej Bible yang ditawarkan oleh “Tuhan yang melegakan hati kita.”—2 Korintus 1:3.