10 JULAI 2019
AMERIKA SYARIKAT
Angin Kencang dan Banjir Melanda Texas Selatan
Pada 24 Jun 2019, angin kencang dan hujan lebat melanda selatan Texas. Menurut laporan berita, ratusan rumah ditenggelami air dan lebih daripada 100 orang terpaksa berpindah.
Walaupun tiada penyiar yang cedera, terdapat 47 orang penyiar yang terpaksa berpindah. Selain itu, terdapat 65 buah rumah saudara saudari kita yang mengalami kerosakan, termasuk sebuah apartmen yang bersambung dengan Dewan Perjumpaan.
Para penyelia litar dan penatua tempatan sedang memberikan bantuan rohani kepada saudara saudari kita yang menjadi mangsa bencana ini. Selain itu, Jawatankuasa Bantuan Bencana sedang membuat aturan yang diperlukan untuk menyediakan tempat tinggal, makanan, air, dan pakaian untuk mangsa bencana. Para sukarelawan juga sudah mula membersihkan dan membaiki rumah-rumah yang rosak.
Kita akan terus menyokong saudara saudari kita di selatan Texas seraya mereka terus bergantung pada Yehuwa untuk menghadapi musibah yang teruk ini.—Yesaya 26:3, 4.