Lompat ke kandungan

Rekahan yang disebabkan oleh sebuah gempa bumi

15 JULAI 2019
AMERIKA SYARIKAT

Bahagian Selatan California Dilanda Gempa Bumi

Bahagian Selatan California Dilanda Gempa Bumi

Sejak 4 Julai 2019, beberapa gempa bumi yang besar dan gempa susulan telah melanda Gurun Mojave di bahagian selatan California. Gempa bumi yang berskala 7.1 ini ialah gempa bumi paling kuat dalam masa 20 tahun yang telah melanda kawasan ini.

Gempa bumi ini berlaku berdekatan bandar Ridgecrest dan terdapat 215 orang penyiar yang tinggal di sana. Meskipun tiada saudara saudari kita yang cedera parah, terdapat tiga orang penyiar yang mengalami kecederaan ringan. Menurut laporan awal, terdapat tujuh orang penyiar yang terpaksa berpindah. Selain itu, terdapat 7 buah rumah saudara saudari kita yang mengalami kerosakan yang teruk dan 35 buah rumah yang mengalami kerosakan kecil. Terdapat juga dua buah Dewan Perjumpaan yang mengalami kerosakan kecil.

Dua orang penyelia litar sedang mengaturkan bantuan bencana di kawasan itu. Para penyelia litar dan penatua tempatan juga sedang melawat saudara saudari yang menjadi mangsa bencana ini untuk menggalakkan mereka.

Kita terus berdoa kepada Yehuwa untuk membantu rakan seiman kita agar mempunyai kebijaksanaan yang diperlukan untuk menangani musibah seperti ini.—Amsal 2:6-8.