Lompat ke kandungan

1 OKTOBER 2021
AMERIKA SYARIKAT

Buku Matius Dikeluarkan dalam Bahasa Hmong

Buku Matius Dikeluarkan dalam Bahasa Hmong

Pada 25 September 2021, Bible—Berita Baik Menurut Matius dalam bahasa Hmong dikeluarkan dalam bentuk digital. Saudara Geoffrey Jackson, ahli Badan Pimpinan, mengumumkan pengeluaran buku itu semasa perjumpaan istimewa yang diadakan secara virtual. Lebih daripada 2,500 orang di serata dunia telah menghadirinya.

Ini ialah buku Bible pertama dalam Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu yang dikeluarkan dalam bahasa Hmong. Bahasa ini digunakan oleh lebih daripada 3.9 juta orang di seluruh bumi. a Orang Hmong yang ikut tradisi percaya bomoh dan bahawa benda alam semula jadi ada roh serta patut disembah.

Pada 1970-an, ramai orang Hmong telah melarikan diri ke kem pelarian di Thailand. Kemudian, sebilangan besar pelarian ini dipindahkan ke negara-negara Barat, terutamanya Amerika Syarikat.

Hari ini, kebanyakan orang Hmong di Amerika Syarikat tinggal di California, Minnesota, dan Wisconsin. Pada 2007, Saksi-Saksi Yehuwa mula buat terjemahan ke bahasa Hmong. Pada 2012, sebuah pejabat penterjemahan dibina di Sacramento, California.

Para penterjemah mengambil masa tiga bulan untuk menyempurnakan terjemahan buku Matius. Mereka dibantu oleh sekumpulan pembaca luar dari lima negara.

Semasa projek ini, kumpulan penterjemah harus atasi satu cabaran yang susah dan luar biasa. Bahasa Hmong menjadi bahasa bertulis pada 1950-an, dan tidak ada peraturan yang rasmi tentang ejaan serta huruf besar.

Bible bahasa Hmong mula tersedia pada 1980-an, tetapi ramai penuturnya tidak mampu beli Bible tersebut. Bukan itu sahaja, terjemahannya tidak tepat, sehingga menyebabkan pembaca tidak dapat memahami Bible dengan tepat. Contohnya, satu terjemahan Bible menggantikan nama peribadi Tuhan, iaitu Yehuwa, dengan watak cerita dongeng Hmong.

Seorang penterjemah kata, “Dengan adanya Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Hmong, orang yang berhati jujur akhirnya dapat baca nama Yehuwa dalam Bible sendiri dan menjadi sahabat-Nya. Inilah apa yang kami doakan dan nantikan selama ini.”

Para pembaca meluahkan penghargaan atas mutu terjemahan Bible ini. Seorang pembaca kata, “Saya rasa kagum semasa baca buku Matius dalam bahasa Hmong. Saya fikir, ‘Bagaimana terjemahan ini dapat membangkitkan begitu banyak perasaan dalam diri saya?’ Saya dapat bayangkan kisah-kisahnya dalam minda saya.”

Pengeluaran buku Matius dalam bahasa Hmong ialah bukti jelas bahawa Tuhan yang tidak berat sebelah memastikan Firman-Nya tersedia bagi semua yang mencari-Nya.—Kisah 10:34, 35.

a Adalah susah bagi para penyelidik untuk menentukan jumlah orang Hmong secara tepat. Kira-kira 2.7 juta orang Hmong tinggal di selatan China. Sekitar 1.2 juta pula tinggal di utara Vietnam, Laos, Thailand, dan timur Myanmar. Lebih daripada 170,000 orang Hmong tinggal di Amerika Syarikat.