Lompat ke kandungan

27 OGOS 2021
AMERIKA SYARIKAT

Gila Bend, Arizona Dilanda Banjir Kilat

Gila Bend, Arizona Dilanda Banjir Kilat

Pada malam 13 Ogos 2021, hujan lebat dan banjir teruk melanda sebahagian daripada Arizona dan barat Texas akibat ribut monsun. Kota Gila Bend di Arizona paling terkesan oleh banjir yang dahsyat ini.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • Sedihnya, 1 saudari meninggal akibat bencana ini

  • 5 rumah saudara saudari mengalami kerosakan

  • 3 keluarga terpaksa berpindah

Bantuan yang Dihulurkan

  • Penyelia litar dan penatua tempatan melegakan hati mereka yang terjejas dan mengatur tempat tinggal sementara bagi mereka yang terpaksa berpindah

  • Semua usaha membantu mangsa dilakukan selaras dengan langkah-langkah keselamatan COVID-19

Kita berdoa bagi mereka yang terjejas oleh bencana ini. Semoga Yehuwa terus melegakan hati keluarga saudari kita yang sedang berkabung.—2 Korintus 1:3, 4.