Lompat ke kandungan

19 JULAI 2019
AMERIKA SYARIKAT

Houston, Amerika Syarikat (Inggeris)—Konvensyen Antarabangsa 2019 “Kasih Itu Abadi”!

Houston, Amerika Syarikat (Inggeris)—Konvensyen Antarabangsa 2019 “Kasih Itu Abadi”!
  • Tarikh: 12-14 Julai 2019

  • Lokasi: Stadium NRG di Houston, Texas, Amerika Syarikat

  • Bahasa: Inggeris, Korea

  • Bilangan Tertinggi Hadirin: 50,901

  • Jumlah Orang yang Dibaptis: 401

  • Bilangan Wakil dari Negara Lain: 5,000

  • Cawangan yang Dijemput: Australasia, Belgium, Brazil, Britain, Colombia, Czech-Slovak, Filipina, India, Itali, Jepun, Kanada, Korea, Perancis, dan Skandinavia

  • Pengalaman Tempatan: Sylvester Turner, datuk bandar Houston, sangat kagum dengan 50,000 orang Saksi-Saksi Yehuwa dan tetamu mereka yang datang ke Houston untuk menghadiri konvensyen ini. Dia berkata, “Kami menyambut kedatangan kamu semua dengan tangan yang terbuka dan kami sangat disegarkan. Jika kamu [Saksi-Saksi Yehuwa] dapat datang dua kali setahun pun, kamu akan dialu-alukan. Datang lagi tahun depan dan tahun-tahun yang berikutnya!”

 

Saudara saudari tempatan mengalu-alukan kedatangan para wakil konvensyen ke Houston

Para wakil konvensyen dari luar negara menginjil bersama saudara saudari tempatan

Seramai 401 orang saudara saudari dibaptis

Saudara Anthony Morris, salah seorang ahli Badan Pimpinan, menyampaikan ceramah terakhir pada hari Sabtu

Para wakil dari luar negara mengambil gambar bersama-sama. Ada yang memakai pakaian tradisional

Para wakil konvensyen menikmati pergaulan

Para pekhidmat khas sepenuh masa dari luar negara melambaikan tangan kepada para hadirin pada hari terakhir konvensyen

Saudara saudari tempatan di pentas pada penghujung acara ramah-tamah pada sebelah petang. Mereka telah bernyanyi, menari, dan mengadakan persembahan yang singkat tentang sejarah Saksi-Saksi Yehuwa di Houston